Wednesday, July 29, 2009

WEDDING JIMMY & WATI












Perkahwinan Jimmy & Wati pada 26 Julai 2009 di Labuan. Aku suka sebenarnya cover wedding pasangan ini kerana cukup sporting dan senang untuk kerjasama. ya.. mmg penting kerjasama antara photographer dgn pasangan untuk dapatkan sekeping gmbar yg mempunyai nilai yg cukup tinggi. Tambahan lagi perkahwinan diorang ni ikut adat bangsa berunai, memori aku kembali.hehehhe. Aku suka adat ni masih dikekalkan walaupun nampak menyusahkan terutama mlm berinai dan berbedak, habis satu badan kena lumur bedak sejuk. walaupun nampak menyusahkan tapi mmg bagus kerana muka nampak berseri dan ceria, barulah gambar nampak supersb. Agak mengejutkan aku jugak kerana majlis bersanding mula kira2 jam 12. yang paling awal pernah aku cover. tapi bagus jugak kerana sesi outdoor bleh buat awal. sesi outdoor di Labuan Botanical Garden. mmg best dan puas hati wlpun di bawah terik matahari. janji dapat capture apa yg aku plan. Di labuan ni sempatlah aku jumpa dgn otai Labuan , Suhaimi @ Poknik Kob. mmg banyak ilmu aku dapat blajar dri bro Suhaimi. dia lebih tekankan back to basic camera. oklah.. pada Jimmy & Wati.. sbar tunggu album anda. enjoice !!!



Leia Mais…

Thursday, July 23, 2009

Jalan2 Cari Foto









Jalan2 cari foto di sekitar Bandaraya Kuching. Banyak tempat yang menarik minat aku untuk shoot. tapi masa x cukup. aku bukan pergi Kuching semata2 nak shoot, tapi ada kursus Reka cipta anjuran LPM. Aku menginap di Harbour View Kuching. mmg strategik hotel ni, dekat dgn water front dan paling penting dekat dgn kedai yg jual kek Lapis Sarawak. Apa lagi aku pulun laa beli banyak2. Masa shoot nipun lepas kursus jam 4.30 ptg. itu sj masa yg ada. so aku dgn langkah sorang2 snap gmbar di India Street, naik bot shoot View Kuching dari Muzium Magherita, Dun Sarawak yg aku rasa paling cantik di Malaysia ni.. Kaya btul krajaan Srawak ni. Sebenarnya aku dah jatuh cinta street shoot ni. cewaah. sejak shoot di pasar malam Keningau tempoh hari, aku dh makin minat shoot style journalism. satu kepuasan bila lihat balik gelagat manusia berurusan di Pasar2, di jalanan sbg. mmg puas hati. bagi aku street shoot ni menambah keyakinan dan buang perasaan malu yg jadi satu element kalu nak jadi photographer. mana
bleh kalu photographer malu2 kucing nak ambil gambar. iayalah tengah bongkok2, baring di tgh lalu lalang org ramai, kena marah.. woii mana bleh ambil gambar org... aku dah lali dah...hehe

Leia Mais…

Saturday, July 11, 2009

SAMPEL PHOTOBOOK

contoh sampel photobook 12x12 inci dengan 40 pages. Alhamdulillah dapat siapkan photobook pasangan Nuar & Jye yang terlewat skit gara2 demam campak. sebenarnya proses editing photobook mengambil masa yang agak lama berbanding custom album. maklumlah photobook 40 pages, custom album 20 pages. cuma ketebalan setiap page photobook nipis skit. Kos penghasilan photobook @ custom di Sabah agak mahal berbanding di Semenanjung kerana faktor kos penghantaran dan kos lain2. Kos ini ditanggung oleh photographer semata2 untuk menghasilkan album yang berkualiti walaupun dengan kos yang agak mahal. aku puas apabila dapat hasilkan album dengan kualiti yang baik. Kepada Nuar dan Jye silalah tinggalkan komen anda tentang album ini. semoga komen anda dapat memperbaiki kualiti dan produktiviti Gomogi Studio. TQ

Leia Mais…