Monday, August 31, 2009

GAYA STREET




hari Ahad 30/8/2009 aku dengan bro Suhaimi pergi shoot di Gaya street. Untuk shoot kali ni aku bangun seawal jam 5.30, sembahyang subuh dan jam 7 pagi aku dah terpajak di Tamu Gaya ini. Plan nak ambil foto journalism yang ada cerita di sebalik gambar yang di ambil. Memang aku akui selama ini aku ambil gambar point and shoot saja. Tiada perancangan dan tiada kesabaran. Dari outing ni aku blajar erti kesabaran dan perancangan yang teliti untuk dapatkan sekeping gambar yang memberi impak. Namun untuk outing ni lighting x berapa baik dan mendung saja. so terpaksalah tunggu dan tunggu sehingga dapat lighting yang diinginkan. aku betul2 praktikkan penggunaan spot metering untuk keadaan lighting yang contrast. thanks to Pok Nik.. aku cuba jugak follow seorang budak kecik dan tunggu untuk capture dia pegang belon. punyalah lama tunggu, budak tu x juga pegang belon tu . so melepaslah. iskiskiskisk. aku dah kira macam paparazi pulak untuk shoot budak ni. mujurlah bapak dia x perasan, kalu tidak ada yang kena bedal nanti.. cabut trus... Dalam sibuk menembak, sempatlah jugalah aku membeli apa yang berkenan dan apa yang menarik minat aku di tamu Gaya ni ialah anak kucing yang dijual. punyalah comel plus dengan hidung kemek pulak tapi harga...punyalah mahal lebih Rm1000 seekor. shoot kali ni aku puas hati walaupun x cukup tidur dan balik shoot terus berdengur ......zzzzzzzz

Leia Mais…

Wednesday, August 19, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM


Sampel album kristal 10 x 12 inci bagi pasangan Jimmy & Wati. Untuk design album ini aku cuba kurangkan penggunaan kotak2 gambar tetapi banyak editing dgn teknik masking antara gambar. Memang mengambil masa yang agak lama tapi bila dah biasa semuanya akan jadi mudah. " practise make perfect". macam biasa seperti album2 sebelum ini elemen gambar BW dah menjadi satu kewajipan bagi aku untuk letak dalam mana2 editing album GOMOGI Photography. oklah.. otak x da idea nak taip panjang2... opsss.. pesanan : dapatkan yg original dari GOMOGI Photography.

Leia Mais…

Thursday, August 13, 2009

WEDDING JIMMY & WATI (2)







Dalam sibuk2 mengedit aku cuba jugak update blog gomogi ni supaya org lain dan aku sendiri x bosan bila buka blog ni. maklumlah mengikut Sifu SN salah satu cara nak up traffic blog dgn rajin2lah update web/blog. ni gambar siri 2 yg aku dah edit yg mana aku nak ketengahkan gambar black & white ( BW ) dan penggunaan texture . Ada juga org bosan dengan BW katanya apa daaa. dah ada pelbagai warna nak jugak hitam/ putih ni. Bagi aku BW cukup memberi moment yg sangat menarik dan klasik. kalu kena gaya memang supersb gambar BW. Salah seorang Otai yg sangat meminati BW ni ialah saudara Amri Ginang. Kebanyakkan gambarnya BW. Kiranya idola aku lee ni.. emeeemm jauh lagi.. kena bertapa 40 hari / 40 malam lagi.. oklah layan gambar terkini. enjoice !!

Leia Mais…

Saturday, August 8, 2009

Wedding Awang Bongawan


Minggu lepas aku balik Kg ( bukan Kubang Kerian ) tapi ke Bongawan. Pakcik Ali mengahwinkan anak lelaki dia. Mentua aku muleh awal lagi ke kg. Aku lambat skit muleh. ada keja skit di KK. Sebenarnya aku bukan OP bagi majlis kahwin ini. aku cuma menyibuk snap beberapa keping gambar saja yg aku pikir moment yg patut ada bagi majlis kahwin di Kg ni. Macam moment pengantin lelaki ditunda oleh org tua dan keliling 3 x sebelum masuk ke dalam rumah. bagi aku moment tu perlu ada. tapi yg spoi hari tu, pesilat x pakaipun baju silat.... adus sayang gambar tu. Apa2pun Tahniah kepada Pakcik Ali dapat menantu baru. moga cepat dapat cucu yg keberapa aku x ingat dah. ramai sangat, meriah rumah bila semua ada.

Leia Mais…

Monday, August 3, 2009

Sekadar renungan

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni - “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…


Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar - dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Saya dah banyak kali terkena bila buat bisnes dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami. Saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Petikan dari Hasnudin ( fototeacher)

Leia Mais…