Friday, May 14, 2010

PENGUMUMAN PINDAH !!!!

BLOG BARU GOMOGI

www.gomogipictures.com
Terima kasih.

Leia Mais…

Friday, May 7, 2010

WEDDING AMMIE & HASZUWAN



Assalamualaikum w.b.t

Lama betul aku dah tidak update blog gomogi ni. iyalah asyik melayan Fb saja.. memang berbisa betul penangan muka buku ni. Entry kali ini aku upload gambar -gambar perkahwinan pasangan Ammie & Haszuwan di Kg Baginda, Keningau, Sabah. Sebenarnya shoot diorang betul-betul last minute, petang jumaat akak Anie ( Golden Rose Boutique ) telefon boleh ambil ke tidak gambar kahwin untuk shoot & burn saja esok. perghhhh esok!!!!. so cepat-cepatlah aku charge segala bateri flash, camera untuk shoot esok. Walaubagaimana pun segala bentuk tugasan perlu aku laksanakan dengan sebaik mungkin dan kesuntukan masa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat hasilkan gambar yang berkualiti. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. cuma masa sebelah petang ketika majlis bersanding hujan turun dengan lebatnya. habis basah pelamin diorang. info serba sedikit berkenaan dengan pasangan mempelai ini. Haszuwan berasal dari Sibu, Sarawak dan bekerja sebagai MA ( Medical Assistant) dan Ammie seorang jururawat. Kiranya diorang dari Kementerian yang sama. Lepas ni sedanglah nak minta kerja hospital mana-mana, sebab dari bidang yang sama. oklah kepada pasangan mempelai 'SELAMAT PENGANTIN BARU'.

Photographer : Mazlan
Make up : Kak Anie ( Golden Rose Boutique )
Gomogi Photographer
website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp : 013-9813107 / 013-8813107 / 087-337026
YM : gomogi02
Mini Gallery : no. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, Keningau.

Leia Mais…

Thursday, April 22, 2010

MOCK UP ALBUM LAYOUT ( ALIFF & AMIRAH)



Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala proses editing album Aliff & Amirah berjalan dengan lancar dan aku dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus Gomogi Photography berkarya. Aku masih ingat tahun lepas yang aku kena demam campak. Apa-apa kerja pun tak boleh buat.. terbaring saja.. Bosan, memang bosan .. Album client perlu disiapkan tetapi badan nak bangun pun tak boleh. so.. akibatnya album lambat dihantar dan syukur semua client faham situasi tersebut.. itu cerita dulu.. ada hikmah sebaliknya iaitu aku perlu jaga kesihatan dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Hebat macamana sekalipun seseorang photographer kalau kesihatan dia teruk, nak shoot macamana?, nak edit gambar macamana, apatah lagi nak siapkan album...so JAGA KESIHATAN ANDA.hehehe macam iklan untuk Kementerian Kesihatan pulak dah. oklah kepada pasangan Aliff & Amirah sabar menungu album anda. Semoga anda berpuas hati..TQ

Leia Mais…

Sunday, April 18, 2010

OFF FLASH OUTING





Assalamualaikum w.b.t
Untuk bulan April ni geng-geng photography Bingkor memilih tema SEPI untuk shooting pada kali ini. SEPI.... yaaaa.. sepi di kala kita berduka, sepi di kala kita keseorang dan sepi bila orang yang tersayang berada jauh atau meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mungkin dalam kesepian kita dapat mendapat petunjuk dari yang Maha esa. Seramai 4 orang yang dapat hadir pada kali ini dan yang lain ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Paling aku respek pada cikgu Raini & cikgu Jaulis. Walaupun baru pegang kamera tapi semangat yang kental untuk belajar membuat aku turut semangat untuk anjurkan siri outing lagi. iyalahh tujuan sebenar aku anjurkan siri outing ini adalah semata-mata untuk memeriahkan bidang fotografi di keningau ni dan berkongsi ilmu yang mana aku tahu. tidak rugi rasanya berkongsi ilmu malah bertambah berkat ilmu yang dipelajari. Siri outing kali ini juga sebenarnya adalah kesinambungan kursus off flash hari tu dan mengasah kembali ilmu yang dipelajari tempoh hari. Bukan apa, ilmu kalau tidak diamalkan akan berkarat dan luput. so practise make perfect. oklah thanks a lot to :

Photographer : Mazlan, Jaulis, Raini, Rayner, Fairuz
Talents : Yuki, meira, Liselle & Chintia
Crews : Sanggaria & Calsend

Leia Mais…

Monday, April 12, 2010

SUMANDAK TERAKHIR






Assalamualaikum wbt..
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini aku akan post gambar-gambar outing Perempuan Melayu Terakhir @ Sumandak Terakhir. Outing kali ni memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Kena fikir pasal wadrobe, aksesori orang dulu-dulu ( nyiru) dan banyak lagi. susah nak dapat wadrobe dan aksesori yang betul-betul kena dengan tema. Bagi aku apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan sebarang kekurangan sikit-sikit tu perkara biasalah. sebabnya aku bukan shoot untuk cover magazine @ tugasan yang berbayar. bagi aku yang penting peserta outing dapat belajar tentang komposisi, angle dan teknik pencahayaan. Sebenarnya outing kali ini adalah lanjutan pembelajaran dari kursus off - flash dari saudara Saluddin Ismail. Aku cuba untuk hidupkan group photographer di Keningau dan seterusnya dapat mengenali antara satu sama lain. barulah meriah sikit. Untuk pengetahuan pembaca blog Gomogi Photography, aku pilih tema ini sebab antaranya :

1. Untuk hidupkan kembali elemen zaman dulu-dulu
2. untuk ketengahkan elemen kain batik yang begitu menarik
3. Menyuburkan tradisi berpakaian dulu-dulu yang memang cantik dan ayu
4. Bagi kesedaran sikit pada generasi baru yang sebenarnya pakaian baju kurung dan sarung kain batik dapat menyerlahkan lagi keayuan seseorang pemakai.

Seramai 4 orang photographer yang hadir pada sesi outing dan yang lain ada komitmen lain selain guru sidang petang kena mengajar masa tu. takpelah yang penting shooting berjalan dengan lancar. Pemilihan lokasi shooting cukup simple dan kalau dilihat dengan mata kasar memang tidak cantik . tepi kubur lagi tu.. tapi itulah kepentingan kreativiti seseorang photographer untuk jadikan sesuatu tempat yang tidak cantik di mata kasar manusia kepada hasil gambar yang luar biasa. Oklah terima kasih kepada semua photogapher yang terlibat dalam outing kali ini. Enjoy... SALAM.

Photographer : Mazlan, Ambrose, Raini dan Atielin
Talents : Liselle, Cynthia, dona dan Atika
Wadrobe : mazlan, Atielin dan Talent
Location : Tepi kubur Bingkor
Editing : Mazlan
Crews : Barry, Josue, Sanggaria, Enddra & Calsend

Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp : 013-9813107 / 013-8813107
Mini Gallery : no. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, Keningau Sabah

Leia Mais…

Sunday, April 11, 2010

MENUJU KE JALAN ALLAH


Assalamualaikum W.B.T. Konsep yang aku ingin ketengahkan dalam shooting kali ini ialah konsep Ketuhanan. Kenapa perlu konsep yang sedemikian sedangkan banyak lagi yang boleh diketengahkan. Kenapa tidak shoot model-model yang seksi yang boleh menaikkan rating blog dan komen yang berjela-jela panjangnya. Gitulah soalan yang sering bermain di benak kebanyakan photographer. Bila nak buat sesi outing semestinya ada model yang seksi, ghairah dan macam-macam lagi yang kadang kala merimaskan aku. Cuma aku berfikiran untuk belajar tentang basic photography dan teknik pencahayaan. Titik perubahan dalam hidup perlu ada... yaaa. banyak benda yang perlu aku buat pembaharuan dalam berkarya. Aku perlu banyak ketengahkan fotografi yang bukan sekadar untuk tatapan mata dan keuntungan semata-mata tetapi lebih dari itu. Aku perlu fikirkan apa akibat dan musabab yang berlaku apabila aku upload sesuatu gambar . Sekarang niat aku satu sahaja supaya orang yang melihat gambar aku mendapat manfaat di dunia dan di akhirat. Bukan aku terlalu ekstreme dengan konsep ketuhanan dan mendabik dada mengatakan tidak buat perkara yang lain. Aku takut nanti memakan diri, cuma keinginan dan keazaman perlu ada dalam diri seseorang manusia. Aku cuba mengetengahkan konsep potrait yang lebih sopan, ada unsur ketimuran dan tidak terlalu seksi pada pandangan mata aku. biarlah orang nak mengatakan Gomogi Photography kolot, tidak ikut peredaran zaman dan lain-lain. Yang penting aku lebih tenang dan bebas dalam berkarya mengikut kehendak sendiri. oklah.. tunggu konsep Perempuan Melayu Terakhir @ dalam bahasa tempatan Sumandak Terakhir.. SALAM

Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp: 013-9813107 / 013-8813107
YM : gomogi02
Facebook : Mohd Mazlan
Mini Gallery : No. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, 89007 Keningau Sabah

Leia Mais…

Saturday, April 3, 2010

PRE WEDDING AMIRAH & ALIFF| MESILAU, KUNDASANG, SABAH




Assalamualaikum. wbt
Kali ini aku entry Pre Wedding Amirah & Aliff di Mesilau Nature Resort, Kundasang, Sabah. Amirah atau nama panggilan mesra dia LALA memang seorang yang happy go lucky dan semestinya photographer enjoy shoot diorang. Sebenarnya aku bertolak dari Keningau jam 5.00 pagi lagi sebab target nak sampai di Kundasang sebelum jam 7 pagi. Bukan apa aku nak pre visual dulu tempat yang nak shoot dan disamping tu bolehlah snap gambar-gambar sendiri dan crews. Mesilau Nature Resort memang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. huhuuhu memang nyaman kat sana. cuma masa aku pergi tu, kabus meliputi gunung Kinabalu, so view tak berapa cantiklah. Kalau nampak gunung Kinabalu memang cantik bangat. Sementara aku tunggu Lala & Aliff bersiap di Bridal Graziella's. sempatlah aku ronda-ronda di sekitar Mesilau Nature Resort, Golf club dan apa lagi snaplah mana-mana yang cantik. Sesi shooting pakaian pertama di sekitar Mesilau Nature Resort dan selepas tu kami pindah di kawasan golf. Kalau ikut aturan memang tak boleh shoot di kawasan golf, tapi kami main redah je..hehheheheh berani betul. Apa lagi sedang syok-syok shoot, pekerja golf suruh berhenti dan bagi warning jangan pijak rumput.hehehehhe aku faham tu, akulah yang pijak rumput tu sebab baring-baring di padang rumput untuk dapat low angle.heheheh. takpa yang penting gambar dah dapat. Seterusnya kami pindah lagi di kawasan Kiram Village untuk pakaian yang ketiga. Bagi aku kalau nak shoot, hati seorang photographer perlu kena tenang, rilek tak boleh panik, gelabah. Mana mungkin nak gambar yang cantik kalau photographer asyik gelisah,. aku tension sebab bila aku nak shoot saja pak guard datang sound. adusssss. apa daaa.. kalau aku ambil gambar yang cantik dan post di web & Fb dan kalau orang tanya ehhhh mana tempat yang kau shoot ni.. so tengokkkkk dah aku promote tempat dia. so x perlu dia brabis duit nak promote. aku dah jadi duta kecil. oklah nanti aku sambung lagi cerita pasal pasangan Amirah & Aliff ni. SALAM.

Leia Mais…

Thursday, April 1, 2010

OFF CLINIC BY SALUDDIN ISMAIL | KENINGAU | 28 MARCH 2010





Kursus off flash clinic oleh Saudara Saluddin Ismail yang di datangkan khas dari Johor. Seramai 11 orang yang mengikuti kursus anjuran Artcreative Photography dengan kerjasama Gomogi Studio. Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar walaupun sebelum kursus pelbagai masalah yang timbul. namun berkat sokongan rakan-rakan photographer, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya. ada 2 photographer dari Kota Kinabalu iaitu Saudara Fahmi & Mohd Shaaban. Cayalah bro pukul 5 pagi dah bertolak dari KK. Semangat macam ni lah yang aku betul-betul tabik spring. Sebenarnya bukan senang untuk dapatkan sesuatu ilmu. Usaha yang gigih perlu dan semangat yang kental untuk jadikan photographer yang tersohor dan mempunyai identiti tersendiri. Aku sendiri banyak benda baru yang aku belajar dari Bro Din, terutama tentang PR ( Personal Relationship ), Photography Technical, subjek dan pemilihan background. Tak rugi ikut kursus ini dengan harga serendah RM 100. Oklah nanti aku sambung lagi cerita tentang kursus ini. idea x datang.heheheh

Leia Mais…

Thursday, March 25, 2010

PROMOSI



Promosi Pakej Perkahwinan dari Gomogi Photography sudah bermula!!!. Dapatkan pelbagai jenis album yang eksklusif untuk diabadikan di hari bersejarah anda. Dapatkan potongan 10% bagi semua jenis pakej kecuali shoot & burn dan majlis pertunangan. Kesemua album yang bakal anda miliki ini di tempah khas dari Kuala Lumpur dan ianya amat berbaloi bagi wang yang anda laburkan. Biarlah kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Gomogi Photography asalkan anda berpuas hati dengan kualiti diberikan. Jika anda tidak berpuas hati dengan album yang anda dapat , sila kembalikan kepada pihak kami dalam tempoh 7 hari selepas terima album. Wahhhhhh,,, berani ahhh you bagi jaminan album dikembalikan, rugi you woooo... kata2 dari seorang sahabat aku. hahhahah aku tak kisah sangat yang penting setiap pelaburan yang dikeluarkan oleh orang perlu setimpal dengan kualiti yang diberikan. Bagi aku hubungan antara photographer dengan pengantin bukan habis apabila dia terima album tetapi sentiasa berterusan. Sekian lama aku masih lagi berhubung dengan ex-client aku. Janganlah pula diletakkan duit di tempat teratas sekali. (ingat lagi pesan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sentiasa menjadi idola aku, seorang yang sangat pemurah, tidak sombong, merendah diri yang penting sentiasa meletakkan pegangan agama dalam semua urusan perniagaan.) Ada yang berpendapat kalau nak berjaya dalam perniagaan tidak boleh "terlalu LURUS". kena ada bengkang-bengkok sikit. baruuuulaahh. alaaa senang crita kena ada HULUR-HULUR sikitlah, baru dapat tender, projek. Apa daaaaa. ingat semua rezeki Allah sudah tentukan dan berapalah sangat apa yang kita dapat didunia ini kalau nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah bagi kepada kita. so RENUNG & FIKIR.

Leia Mais…

Sunday, March 14, 2010

HAMYROL & NATTASHA | KENINGAU








Minggu ni aku shoot perkahwinan antara Hamyrol & Nattasha di Kg Menawo, Keningau. Last minute Nattasha sms nak tengok sampel album dan keesokan terus shoot. bagi aku inilah persiapan shooting perkahwinan yang paling singkat. Apa-apa pun aku buat rujukan juga mana yang sempat. kiranya bukan shoot dalam pikiran yang kosong. Aku berpegang dengan kata-kata " dont take a picture but make a picture". Mungkin ada yang tidak faham apa beza kedua-dua ini. 'take a picture" maksudnya yang aku pahamlah, kita ambil gambar yang tiada perancangan. just snap saja, mana yang ok menjadi , yang x ok, dibakul sampahkan. Tapi " make a pictures" maksudnya kita rancang dulu apa yang nak kita shoot. mesti dah ada dalam minda apa moment @ angle yang kita nak dapatkan. So kerja sebegini lebih memberi kepuasan kepada aku. dulu main blasah saje. takpalah hidup ini mesti kena ada peningkatan, hari ini lebih baik dari kelmarin. melalut udah aku ni. info pasangan ini, Natasha kerja di Hospital Keningau dan Hamyrol business sendiri. Memang ceria pasangan ini terutama Nattasha yang tidak perlu aku suruh senyum, sebelum aku tekan shutter dia dah senyum. oklah kepada Hamyrol & Nattasha " SELAMAT PENGANTIN BARU".

Leia Mais…

Tuesday, March 9, 2010

MOCK UP ALBUM


Assalamualaikum wbt.
Buah tangan terbaru dari Gomogi Photography iaitu Mock up Album. Album mock up ni cover depan boleh pilih design mana yang kita suka dan dicetak terus di atas kanvas . Bahagian dalam sama dengan sticky album. Cuma yang bagusnya mockup album ni, ada gambar khas pengantin yang diedit sepenuhnya. Warna album, gambar dan tulisan semuanya boleh di pilih oleh client mengikut citara tersendiri. ini berbeza dengan sticky album yang bahagian hadapan bleh letak gambar dalam tetingkap sahaja. Senang cerita sticky album ni bleh beli terus dari kedai berbanding mock up album yang kena tempah khas. Kepada bakal client Gomogi Photography dapat album mock up ini dengan pakej yang istimewa dan dapatkan potongan 10% untuk 10 pelanggan terawal. TQ

Leia Mais…

Monday, March 8, 2010

CRYSTAL ALBUM LAYOUT ( FIZREE & JOHANA)


Alhamdulillah akhirnya siap juga album pasangan Fizree & Johana walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya. Ini contoh layout yang terdiri dari 20 helaian muka surat. Design kali ini aku cuba aplikasikan teknik korporat dalam semua editing prewedding. nak ada kelainan dalam semua editing supaya sentiasa segar dan tidaklah aku edit benda yang sama. sebenarnya aku cepat bosan apabila melakukan sesuatu benda yang sama dan tidak ada kelainan. Yaaa. sentiasa kena improve dan mengikut trend terkini. hehehehe. cuma apabila aku nak apply design baru, sesuatu album memakan masa untuk disiapkan. iayalah akulah photographer, akulah designer, akulah buat marketing dan akulah kuli. sekarang ni aku cuba didik 1 orang junior photographer dan 1 orang junior designer. itupun partime. sekurang-kurangnya kurang sikit beban aku. oklah kepada fizree & Johana nanti saya hantar album anda. TQ

Leia Mais…

Monday, March 1, 2010

KK STREET OUTING | 27-28 FEBRUARY 2010





Kota Kinabalu Street Outing pada 27 hingga 28 Februari 2010. Geng-geng penembak untuk outing kali ni ialah azmi ( Keningau dave hill ), Azrul, burn dan aku sendiri. Tema outing kali ni adalah street journalism. so pagi lagi dah bertolak ke Kota Kinabalu dan berhenti di Papar sekejap untuk mengalas perut dan shoot sekejap di Pasar tani Papar. Seterusnya geng penembak tepat ni bertolak ke KK untuk cari hotel untuk bermalam ( walaupun tidur sekejap saja ). Sesi pertama shoot adalah di depan Plaza Wawasan dengan target pejalan kaki yang melintas jalan. perghhhhh masa tu punyalah panas sampai aku dan azmi terpaksa sekejap-sekejap masuk plaza wawasan untuk sejukkan badan. inilah cabaran seorang jurufoto journalist. walau apa pun cabaran aku tekad untuk dapat gambar yang terbaik. ramai yang anggap hobi shoot style journalism ini membuang masa dan tak berfaedah. iyalah terbongkok2, terpacak di tengah panas, shoot di tepi jalan. APA BARANG shoot camni!!!!. Sebenarnya bagi aku banyak faedah shoot journalism ni. antaranya :

1. Buang perasaan malu bila ambil gambar
2. tingkatkan tahap keyakinan diri
3. Peka dengan moment2 yang berlaku
4. belajar nak buat gambar
5. Belajar setting/ teknikal camera dengan pantas
6. PR
7. Pandai mengagak apa peristiwa yang akan berlaku seterusnya
8. Belajar bangun pagi dan tepati masa
9. Dapat melihat gelagat manusia dan seterusnya bersyukur dengan rahmat Ilahi
10. Sentiasa fokus pada kerja dan tidak buang masa ketika berkerja.

Sapa yang tidak minat shoot jalanan ni, mulai sekarang cuba shoot dulu dan lepas tu baru nilai sendiri apa yang anda dapat. oklah.. bersambung nanti ...aku nak stroy pertemuan geng penembak dengan journalist photographer dari KL.

Leia Mais…

Saturday, February 20, 2010

PHOTOGRAPHER

Aku harap tips ni membantu serba sedikit kepada pasangan yang mencari photographer kahwin mereka.

  1. Konsep - Mula-mula sekali, duduk bincang dengan tunang. Cuba cari photographer yang sesuai dengan konsep wedding korang. Sebab setiap photographer mempunya style berbeza. Photojournalism ke, formal ke, klasik ke dsb. Takkan korang nak suruh photographer yang karekternya cool/alim2 tapi korang nak buat beach wedding pakai bikini loncat2 atau buat wedding dalam air? Mau demam seminggu photographer tu.
  2. Recommendation - Oleh kerana majlis perkahwinan ni merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup, seharusnya kita kena percaya hasil kerja orang yang terlibat dalam majlis kita. Jadi, adalah lebih baik kalau photographer yang dipilih tu daripada recommendation dari kawan2 atau saudara mara yang pernah bekerja dengan mereka. Jadi kita boleh agak camne nanti kalau dia jadi photographer kita. Kita juga boleh nilai sendiri hasil kerja sebenar mereka. Bukan setakat tengok sample album photographer yang biasanya hanya compile gambar2 terbaik mereka yang kekadang ada yang amik gambar orang lain punya (kisah benar),hua hua..
  3. Budget - Wedding photographer ni bukan dinilai dengan harga album. Tapi dinilai dengan kemahiran ataupun pengalaman mereka. Sebab tu kalau nak pilih wedding photographer pastikan mereka dalam budget korang. Kalau tengok harganya lebih mahal, cuba tengok berbaloi ke tak pilih dengan perbezaan harga tersebut. Part-time photographer harganya lebih murah tapi ada risiko macam2. Full-time photographer biasanya harga lebih tinggi tapi mereka professional dalam kerja mereka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting pastikan mereka ada kamera sendiri, bukan pinjam sedara dia atau girlfriend dia punya, whoahaha.
  4. Personaliti - Benda ni bagi aku sangat penting. Takkan korang nak kerja dengan photographer muka macam Hitler yang masam dan garang mcm nak gigit orang. Pastu pendiam dan tak mesra alam. Itik serama nak kena sembelih pun lagi mesra dari diaorang. Sebaiknya kenal dan berjumpa bertentang mata (tapi jangan terpikat-bahaya. Tapi ramai photographer hensem dah kahwin, wakakaka). Sebenarnya kita boleh tahu dia tu sesuai bekerja dengan kita atau tak. Orang jawe panggil ‘ada chemistry‘.
  5. Deposit & Payment - Tang ni memang kena jelas sejelasnya. Kalau boleh tanya byk2 kat photographer korang. Camne dengan deposit kalau cancel majlis? Kalau majlis lebih sejam cas tak? bila kena bayar? malam ni nak masak apa? dsb. Jangan ambil mudah. Ia bagi mengelakkan kita di cas lebih sebab kita pandang ringan hal ini. Pastu melenting dan buat page ‘Hate Fan‘ kat Facebook, kekeke..
  6. Tempahan - Photographer yang bagus biasanya sibuk. Jadualnya sentiasa penuh dan ada sebab mereka begitu. Kalau mmg dari kecik dah tengok hasil kerjanya dan dah besar mampu plak nak bayar (dalam budget) cepat2 tempah. Tapi janganlah 17 tahun lagi nak kahwin dah tempah. Entah2 photographer tu dah arwah. Sebab sehari bertangguh ada kemungkinan tarikh tu diambil orang lain. Lagipun bukan korang berdua je nak kahwin, orang lainpun nak kahwin gak, hehehe.
  7. Lain-lain - Perkara lain ni kekadang perlu diambil kira. Antaranya adakah photographer tu ada pembantu semasa majlis, ada tak back-up equipment, camne dia pakai masa majlis nanti (korang boleh lempang dia kalau datang pakai seluar pendek time shoot nikah) dan perkara2 lain yang berkaitan. Apa yang penting photographer tu mmg wujud dan bukanlah photographer professional negara Pandora dalam cerita Avatar tu, hoho.
* Petikan dari acai jawe

Leia Mais…

Leia Mais…

Leia Mais…