Thursday, March 25, 2010

PROMOSI



Promosi Pakej Perkahwinan dari Gomogi Photography sudah bermula!!!. Dapatkan pelbagai jenis album yang eksklusif untuk diabadikan di hari bersejarah anda. Dapatkan potongan 10% bagi semua jenis pakej kecuali shoot & burn dan majlis pertunangan. Kesemua album yang bakal anda miliki ini di tempah khas dari Kuala Lumpur dan ianya amat berbaloi bagi wang yang anda laburkan. Biarlah kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Gomogi Photography asalkan anda berpuas hati dengan kualiti diberikan. Jika anda tidak berpuas hati dengan album yang anda dapat , sila kembalikan kepada pihak kami dalam tempoh 7 hari selepas terima album. Wahhhhhh,,, berani ahhh you bagi jaminan album dikembalikan, rugi you woooo... kata2 dari seorang sahabat aku. hahhahah aku tak kisah sangat yang penting setiap pelaburan yang dikeluarkan oleh orang perlu setimpal dengan kualiti yang diberikan. Bagi aku hubungan antara photographer dengan pengantin bukan habis apabila dia terima album tetapi sentiasa berterusan. Sekian lama aku masih lagi berhubung dengan ex-client aku. Janganlah pula diletakkan duit di tempat teratas sekali. (ingat lagi pesan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sentiasa menjadi idola aku, seorang yang sangat pemurah, tidak sombong, merendah diri yang penting sentiasa meletakkan pegangan agama dalam semua urusan perniagaan.) Ada yang berpendapat kalau nak berjaya dalam perniagaan tidak boleh "terlalu LURUS". kena ada bengkang-bengkok sikit. baruuuulaahh. alaaa senang crita kena ada HULUR-HULUR sikitlah, baru dapat tender, projek. Apa daaaaa. ingat semua rezeki Allah sudah tentukan dan berapalah sangat apa yang kita dapat didunia ini kalau nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah bagi kepada kita. so RENUNG & FIKIR.

0 comments: