Wednesday, December 16, 2009

BALIK KAMPUNG

Yahoooo. 15/12/2009 aku sekeluarga pulang ke Kelantan untuk habiskan cuti sekolah yang tinggal lebih kurang 3 minggu saja lagi. kali ini bleh relak sikit walaupun di Kg aku masih lagi ada 2 tugasan perkahwinan dan komersil. apa yang penting dapat jumpa dengan kedua ibubapa dan Faris & Faris dapat jumpa dengan Tok Mek dan Tok Ayoh. Di Kg segala proses editing aku tangguhkan seketika kerana aku mau betul2 relax di Kg dan tidak mahu fikirkan dulu pasal editing. Kepada client Gomogi Photography jangan risau kerana album anda akan siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Oklah, cerita pasal aktiviti di Kelantan ini, aku tertarik dengan hobi baru ayah aku dan juga kebanyakan rakyat Kelantan iaitu bela ikan Laga ( ike kareng ). ada yang boleh jual sampai RM300 seekor ikan laga. perghhhhhh, apa yang istimewa sangat aku pun tak tau. so sebagai journalist ( kononnyerlah) aku sembang2lah dengan ayah aku dan geng2 dia pasal ikan laga ini. Rupanya diorang bela ikan laga untuk bawa ke pertandingan ikan laga tercantik, macam pertandingan miss universe lah.. isksisks mula-mula heran juga aku, apa yang cantik ikan laga ini. aku tengok sama saja. tapi tanggapan aku silap bila aku sembang dengan jiran aku yang lama menceburi dalam ternakan ikan laga ini. Memang cantik dan ada kelainan dan aura tersendiri. patutlah ramai yang gila bela ikan ni. secara ringkas kini perbualan :

Aku : Macamana cara pengadilan ikan laga ni?
Jiran : Ada juri, macam-macam juri, juri seni kecantikan, lentok badan, warna, kegarangan, dll
Aku : terpegun .oooooooo macam2 juri ada. yuran masuk pertandingan berapa kena bayar?
jiran : RM 5 seekor, biasa bawa lebih 5 ekor masuk pertandingan.
Aku : Hadiah kalu menang brapa lah. Tanding biasa pukul brapa?
Jiran : Hadiah hamper jah, tanding biasa jam 10 malam.
Aku : 10 mlm ???.

Gitulah kalau dah minat dan dah jadi budaya masyarakat Kelantan sebenarnya dengan minat yang pelik2. Dulu masa aku kecik-kecik dulu ikan laga ini aku carik sendiri di Sungai, tali air dan balik peram dalam tanah dan lepas tu laga dengan lawan..hehehehe zalim betul.. itu dululah, sekarang ni pertandingan cantik pulak.. oklah nanti aku upload gambar2 ikan laga tu. enjoice.


Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiweding.blogspot.com
Email : mazlan76@gmail.com
Hp : 013-9813107 / 013-8813107
YM : gomogi02
Galeri : 126, Taman Jutaya 2, 89007 Keningau Sabah.

Leia Mais…

Tuesday, December 8, 2009

WEDDING FAUZI & AINUL ( GDW TUDAN BARU, KENINGAU)








Perkahwinan Fauzi & Ainul di GDW Tudan Baru Keningau. Gomogi Photography diamanahkan untuk mengambil gambar hari bersejarah diorang. Memang meriah dengan acara-acara selingan yang menarik minat aku. Ada orkestra bamboo, silat, tarian dan macam-macam lagi yang kadang kala melekakan jurufoto.heheheheh. Apa -apa pun moment2 penting tidak terlepas. sedikit info berkenaan dengan kedua mempelai ini, Fauzi kerja di ADK di Sungai Besi KL dan Ainul di Pusat serenti Melaka sebagai kaunselor. kiranya diorang satu tempat kerjalah. senanglah nak atur jadual kerja. Majlis akad nikah dibuat oleh bapa pengantin perempuan sendiri dan suasana dalam rumah cukup ramai dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak. photographer terpaksalah cari-cari angle yang mana boleh masuk. Sorrylah pada pakcik2 dan makcik yang aku lalu saja depan mereka itu semata-mata nak dapatkan angle2 yang terbaik. tambahan lagi inilah shoot yang memerlukan aku guna dua kamera body. perghhh lenguh bahu jangan ceritalah. takpelah nanti alah bisa tegar biasa. Yang penting berbagai angle dan moment boleh diambil dengan guna 2 body dan lens yang berbeza. shoot untuk sesi outdoor tidak dapat dibuat kerana masa cukup suntuk dan sesi memotong kek bermula jam 6.00 ptg. Oklah kepada pasangan Fauzi & Ainul ' SELAMAT PENGANTIN BARU'. Sabar menunggu album anda. TQ

Leia Mais…

Sunday, December 6, 2009

MARATHON

Minggu ini 4-6/12/2009 merupakan shoot marathon bagi Gomogi Photography kerana kena seawal pagi dah berangkat ke tempat majlis kahwin dan balik bila matahari dan terbenam. lepas mandi sekejap, sembanyang maghrib & isyak keluar lagi untuk shoot sesi indoor di studio pulak. perghhhhhh.. memang letih, kalu camera kena charge bateri, kalau badan manusia dapat charge juga lagi best. masa ini kalau minum poweroot berbelas tin pun belum tentu lagi dapat hilangkan rasa mengantuk. sesi shoot indoor di studio habis jam 10.30 malam dan sambung lagi dengan sesi TT di kedai Kak Ning, Keningau. balik bila kebanyakan rumah di taman aku dah tutup lampu semua. anak2 aku pun asyik tanya, ' abah keja apa ni, kejap ada kejap tiada. macam biskutlah.. heheheh budak-budak pun tahu boring bila asyik berperap dirumah. takpelah my hero nanti kita pergi holiday di Genting Highland. mainlah kat situ puas-puas !!. Secara keseluruhan sesi shooting berjalan dengan lancar, cuma kekangan masa yang mencemburi aku.. ( adus ayat yang tak pernah lagi aku tulis sebelum ini... skema btul !! ). kepada client2 Gomogi Photography nantikan sample gambar-gambar anda akan di upload dalam blog ini pada masa terdekat. sabar menunggu dan berbanyak terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk abadikan kenangan terindah anda semua. Thank you so much.

Leia Mais…

Monday, November 23, 2009

Leia Mais…

EXTRA CORNALIUS & CHRISPINITHA KELLY

Leia Mais…

POST WEDDING | CORNALIUS & CHRISPINITHA KELLY












First time ambil gambar post wedding. biasanya aku shoot untuk pre wedding. kali ni berlainan sikit. Pasangan Cornalius dan Kelly sudah buat majlis diorang di Apin-Apin. Masa tu dia ambil video saja, so kali ni diorang nak juga ada still picture. kalau ikut aku still picture sepatutnya mesti ada sebagai koleksi tatapan untuk anak cucu diorang. kenapa aku cakap PATUT ada sebab gambar ni senang di tengok, tahan lama ( kalau kristal albumlah) dan yang penting sekali bleh print besar-besar buat frame. Kenangan abadi tu... Kali ni sesi outdoor di buat di ACD Quarry, jalan Keningau - Tenom. Dah jadi tempat favourite Gomogi Studio. yaaaaa, memang cantik tempat ni, cuma yang penting kena dengan angle,komposisi dan masa shoot hendaklah awal pagi @ petang. Shoot untuk pasangan ini agak lewat, mula jam 11.30 am. matahari dah nak tegak atas kepala dah, natural light x berapa cantik. so takkan nak cancel, diorang dah siap dengan make up, kalau nak anjak sebelah petang, takut hujan pulak. so teruskan sajalah. guna apa yang ada yang penting dapat gambar cantik. Sesi shooting kali ini dibantu oleh si Miming & Tinie. Miming dipaksa jadi tukang pegang reflector.heheheh TQ anda laksanakan tanggjungjawab dengan begitu berkesan skali.hehehe. pujian ikhlas tuuuuu. Crew Gomogi Studio tidak dapat membantu kerana sekarang diorang menduduki SPM. aku tak mau kacau diorang , SPM penting untuk masa depan. Good luck in your SPM!!!. Kepada pasangan Cornalius & Kelly , Thanks a lot for your co-operations dan be patient waiting your Crystal Album. Enjois !!!

Leia Mais…

Wednesday, November 18, 2009

SAMPEL ALBUM KRISTAL

Dapatkan album kristal yang bermutu tinggi dengan harga yang mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. 1 Malaysia Kristal Album. Booking bagi tahun 2010 dibuka sekarang dengan harga pakej tahun 2009. Tahun hadapan pihak pengurusan Gomogi Photography akan menyemak semula semua pakej kami dan harga-harga pakej akan dinaikkan sejajar dengan peningkatan kos cetakan dan penghantaran album dari Kuala Lumpur ke Sabah. Nikmatilah harga lama untuk majlis perkahwinan pada tahun 2010. Promosi ini sah untuk booking bermula 01 /12/2009 hingga 31/12/2009.

Leia Mais…

Tuesday, November 17, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah sudah hampir dan bagi wedding photographer bermulalah kesibukan mengambil gambar kawin dan kerja-kerja editing. Dalam sibuk-sibuk mengambil gambar kahwin ni, bagi aku tanggungjawab kepada keluarga tidak diabaikan. cuti sekolah ni aku plan nak bawa family ronda-ronda ke Terengganu dan Kuantan. dalam masa yang sama boleh shoot journalism tempat yang dilawati. Bagi client-client Gomogi Photography kami akan memberi perkhidmatan photography yang terbaik untuk anda. Kepuasan anda kepentingan kami.

Leia Mais…

Saturday, October 31, 2009

JOHNNIE & SALVIANAH





Pre wedding pasangan Johnnie & Salvianah pada 31/10/2009. Sepatutnya sesi outdoor dibuat pada sebelah pagi tetapi memandangkan hujan lebat di Keningau terpaksalah segala perancangan diubah semula. Pagi aku buat sesi indoor di Studio Maybridal dan sebelah petang buat outdoor di library Keningau. Kenapa Library?.heheheh sebab hujan lebat, x dapat nak shoot di kawasan terbuka, kesian pengantin dan kesian camera & lens.hehehe. penting tu jaga gear dulu. Walaupun hujan lebat, sesi outdoor berjalan dengan lancar dan untuk wardrobe dusun, kami berpindah lokasi ke tebasan padi. itu adalah permintaan pasangan ini yang nak elemen macam tu. Bagi aku yang penting diorang puas hati kerana gambar ini akan menjadi kenangan seumur hidup mereka.

Info :
Photographer : Mazlan
Wardrobe : Maybridal
make up : Tinie
Lighting : Gomogi Studio
Editing : Mazlan

Leia Mais…

KEVIN & NINI ( Outdoor )




Sesi outdoor bagi pasangan Kevin & Nini berjalan dengan lancar. mujurlah tidak hujan kerana sekarang ini musim hujan di Keningau. Sesi outdoor kali ini penuh dengan gelak ketawa kerana diorang ni memang jenis happy go lucky. ketawa saja. hilang skit stress photographer. Shoot diorang ni pun senang kerja, ditambah lagi dengan bantuan juru mekap tersohor Tinie dari Maybridal. Oklah aku harap harapan dan impian diorang akan tercapai. sabar tunggu album anda. TQ.

Leia Mais…

Friday, October 30, 2009

KEVIN & NINI


Pagi 31/10/2009 aku bangun awal skit, lepas sembahyang subuh terus mengadap imac untuk cari bahan bagi shooting di ACD Quarry hari ini. Mengantuk memang lah mengantuk tapi aku kena juga prepare pose dan angle mana yang aku nak. baru kerja akan jadi senang dan berjalan lancar. yang penting aku tidak buang masa di lokasi. Untuk shoot pasangan Kevin & Nini ini aku cuba guna teknik 'chroma key' dengan menggunakan 'green screen'. alaaaa yang biasa orang buat untuk shoot CGI tu. Senang kerja aku guna teknik ni, takda lagi berjam2 mengadap imac aku ni sampai berpinar butir mata ni. legaaaaaa. selesai masalah aku. Sesi outdoor dilakukan di kawasan yang sama pernah aku buat, di SULAP Tuarid Taud. Memang best shoot pasangan ini, happy go lucky. senyum memanjang, hilanglah skit penat photographer yang dok usung camera & lens yang berat2. Oklah, mau prepare shoot lepas ni. enjoice!!!

Leia Mais…

Wednesday, October 21, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM ( ZAKARIA & RENNY)



Sampel layout kristal album bagi pasangan Zakaria & Renny. Cabaran yang merumitkan adalah apabila proses editing gambar studio. Bayangkanlah untuk satu keping gambar memakan masa lebih kurang 40 minit untuk touch up dan memasukkan elemen textures . itu satu gambar, kalau berpuluh gambar kena editing, perghhh... sebab itulah sekarang ni balik sekolah sahaja tepat jam 2.30 ptg aku mesti berada di depan imac, edit....edit...edit.. sampai maghrib, malam lepas isyak sambung lagi sampailah mata dah tak larat nak bukak. Yang penting aku dapat siapkan album semua client2 aku mengikut jadual ditetapkan. semoga clients aku bersabar dan paham. maklumlah kerja seorang, kalau dah maju barulah upah seorang khas untuk editing. AMIN. Walaupun aku terpaksa duduk depan imac berjam2, tidak sikitpun aku rasa bosan. seriusly. Tulah penangan kalu dah minat photography tahap Gaban. oklah kepada Zakaria & Renny album anda dalam proses printing. TQ

Leia Mais…

Thursday, October 15, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM



Lega rasanya dapat siapkan album kristal perkahwinan kakak ipar aku mengikut jadual yang aku sendiri tetapkan. memang berbaloi aku berjam2 duduk di depan imac semata2 nak hasilkan yang terbaik. Lepas ni aku mau upload untuk tujuan printing pulak. banyak kerja sebenarnya yang kena buat sebelum client dapat album yang menjadi kenangan seumur hidup. Selain dari editing, upload, aku juga kena design cover DVD yang termasuk dalam pakej GOMOGI Photography dengan menggunakan Adobe CS3. Memang kalau nak jimatkan masa aku boleh guna perisian label yang banyak dijual di pasaran. tapi jiwa aku nak juga design yang lain dari yang lain mengikut kreativiti sendiri. Dalam kata lain aku bebas berkarya... cewahhh. Setiap client GOMOGI aku design layout album kristal berbeza2. Ramai yang cakap buang masa ko saja. Bagus ko guna saja template yang sama, jimat masa. tapi jiwa aku kata TIDAK dan proses editing ni perlu ada feeling yang hanya aku sendiri yang tahu. Aku puas hati hasil editing yang berbeza- beza. Semoga client aku suka. TQ

Leia Mais…

Monday, October 12, 2009

WEDDING SHARYWANI & AZAMAIN ( PART 2 )





Lama dah rasanya aku x update blog aku ni. sekarang agak sibuk sikit untuk siapkan album2 custom ni. rumit jugak prosesnya bukan sekadar shoot sahaja tapi kena buat post processing lagi , pilih gambar, edit dan buat layout. so banyak masa aku sekarang mengadap komputer. Berpinar butir mata, heheh. Masa aku shoot sesi posing di dalam bilik bagi pasangan Sharywani & Azamain ni, tiba2 blackout.. adus tension banyak lagi pose yang belum buat. dahlah deco dalam bilik menarik dengan warna yang terang. rugi kalu tak shoot banyak. mujurlah aku x panik dengan situasi macamtu dan aku cuba teknik low key. guna spot metering, baca meter di kawasan cerah dan aku lock exposure dan..... shoot.. perghh selamat dan dapat juga hasilkan gambar yang menarik pada pandangan aku. tulah kadang-kadang kita merancang nak shoot angle macam tu macam ni, tapi berlaku musibah lain.. so moralnya kita kena ada plan A, B dan C. Persiapan jika berlaku apa-apa yang kita tidak jangka. oklah chow dulu mau pi semayang...

Leia Mais…

Sunday, October 4, 2009

PRE- WEDDING WENCES & BELL, KENINGAU






hari Sabtu Auntie Mary call aku suruh shoot pre wedding pasangan Wences & Bell untuk sesi outdoor dan indoor. Seperti biasa kelengkapan shooting memang sentiasa stanby dengan bateri full charge, light stand. perghh... macam nak pergi berperang. Shooting outdoor ini aku turun dengan Azmi di ACD Quarry di Jalan Tenom. Keningau. mula shoot dari jam 10.30 am hingga 2.00 pm. Penat jangan cakaplah, terbaring di atas rumput, batu, naik atas meja semua aku buat semata-mata nak dapatkan angle yang menarik. Memang penat.. maklumlah stamina kurang. lepas ini terpaksalah aku aktifkan diri balik main futsal. hehhehe. sesi outdoor ini May Bridal sediakan 3 jenis pakaian ala2 inggeris yang memang menarik. sesapa yang nak gambarnya cantik dengan pakaian yang menarik bolehlah booking di May Bridal Keningau. Promote tu.. Untuk sesi indoor hanya azmi sorang yang shoot sebab aku terpaksa pergi ke KK kerana ada rumah terbuka Abg Ipar aku di Putatan. Untuk pasangan Wences & Bell semoga hasrat dan impian anda akan termetri kelak. Sabar menunggu album anda

Leia Mais…

Thursday, October 1, 2009

PRE WEDDING ZAKARIA & RENNY


Jam 3.30 petang auntie Mary call aku ada shoot untuk pasangan dari Nabawan. aku cakap kat dia tidak dapat shoot dengan tergesa-gesa macam ni. nak kena prepare bateri, study skit pasal komposisi dll. Auntie call lagi aku, dia cakap x boleh batal sebab esok Zakaria kena balik Sarawak, kerja askar. Adus.. so aku capai beg 5 kg tu, kelengkapan lighting, reflector dll dan terus ke May Bridal untuk bincang dengan Tinie dan anak Auntie Mary. So petang tu sempat jugaklah shoot outdoor tapi aku tak puas hati sebab dah senja sangat. natural light dah tak ada langsung. Ubah plan shoot indoor pulak di studio Mary Bridal. Shoot dari jam 7.30 pm hingga 9.00 pm. perghhh penat gila.. tapi yang penting aku puas hati apa yang aku dapat. untuk sesi outdoor aku buat di kawasan sawah padi Kg Tuarid Taud. aku lepas geram apa yang aku tak dapat shoot semasa outdoor Kakak Masna tempoh hari. Untuk shoot kali ni aku guna 3 set lighting dengan umbrella. shooting bermula jam 4.00 pm hingga 6.20pm. memang puast hati wlaupun kena tunggu pasangan bertukar 3 jenis pakaian iaitu pakaian Dusun, Murut dan English. Banyak posing yang aku rancang dapat aku buat dan extra ialah masa aku shooting tengah sunset. memang berbaloi penantian aku.

Photographer : Mazlan
Lighting : Si Sang & Kachun
Make up : Tine ( MAY BRIDAL )
Pakaian : MAY BRIDAL ( 019-5305494 )
Pasangan : Zakaria & Renny
Editing : Mazlan

Leia Mais…

WEDDING KAMSIN & MASNA | KG BAYANGAN, KENINGAU








Perkahwinan Masna & Kamsin di Kg Bayangan, Keningau Sabah. Akulah antara orang paling sibuk untuk perkahwinan ni. mana tidak sibuk, akulah tukang angkat kerusi meja, tukang ambil gambar, tukang lapah lembu, tukang angkat air, tukang angkat nasi.. perghhhh.. mau pengsan wooo. mujurlah ada core energy.hehe. isksks apa kaitan aku dengan semua ni.. suspen saja. sebenarnya Masna ni ialah kakak ipar aku. ini perkahwinan kedua dia. so maknanya anaknya Anun, Awang dan Ecah dapat Bapak baru. aku tengok diorang punyalah seronok dapat bapak baru ni. Ecah tu senyum memanjang, tidak hairan aku dia punyalah semangat berkaorake masa kenduri hari tu. tak nampak tanda-tanda mau berhenti menyanyi. Cerita mengenai Abang Kamsin ni, dia orang Kg Baginda, Keningau dan seorang yang agak pendiam. kena banyak berboraklah namun lepas tu memang peramah. Kenduri berjalan dengan lancar cuma ada sedikit accident anak di Nuar kena gigit beruk belaan Restoran Puncak Damai. Kesian budak tu, nampak tulang tangan dia kena gigit. mujurlah tidak serius sangat. untuk sesi outdoor , aku buat di kawasan sawah padi Kg Tuarid Taud. kebetulan padi tengah mengguning, memang menjadi idaman aku. cuma yang frust sikit tidak banyak shoot yang dapat buat. masa suntuk sangat, mula jam 5.15 petang. lain kali aku pergi shoot lagi tempat ni. biar puas hati aku. lepas geram. Oklah kepada Kakak Masna & Abg Kamsin " SELAMAT PENGANTIN BARU" DAN SELAMAT DAPAT BAPAK BARU KEPADA ANUN, AWANG DAN ECAH.

Leia Mais…

Monday, September 28, 2009

WEDDING SHARYWANI & AZAMAIN





Perkahwinan Sharywani & Azamain di Kg Kalamauh Mesapol Sipitang. Lama sudah aku tidak pergi ke Sipitang tambahan lagi sekarang ni musim durian. so sambil shoot sempatlah makan durian. memang berbaloi durian di Sipitang ni. Sodapp!!. sedikit info berkenaan kedua mempelai ini, Wani mengajar di Sipitang dan Hubbynya dari Labuan. Camana bertemu, jangan tanya aku sebab aku tak tahu.hehehe . Ramai jugak rombongan dari Labuan, maklumlah masih lagi dalam mode raya. Seronok tengok kakak2, makcik2, pakcik2 hantar rombongan pengantin lelaki ni. meriah sungguh perkahwinan mereka berdua ni. Angkat 2 tangan. Datuk Sapawi ( YB Sipitang) pun datang untuk memeriahkan majlis diorang. barulah dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. kena selalu turun tengok rakyat, dengar masalah rakyat, blablablabla... aku tak bleh bila cakap pasal pemimpin terus semangat. hhehe apa aku melalut ni???. Dalam banyak2 shoot wedding, perkahwinan Wani & Azamain nilah aku rasa paling cepat, sebab jam 12.30 petang dah mula shoot outdoor. baguslah macam ni, bleh shoot outdoor dengan tenang dan damai. Outdoor aku buat di Pantai dekat Merintaman. Memang cantik tempat ni, texture batu yang paling aku minat tu. oklah kepada kedua mempelai Selamat Pengantin Baru. Tatapilah gambar pendahuluan sebelum dapat album.

Leia Mais…

Friday, September 18, 2009

ADIK RINDU TOK MEK

Adik teringat Tok Mek, Adik rindu Tok Mek. Tahun ini adik & Abang tak dapat cium tangan Tok Mek di pagi raya. tak dapat peluk Tok Mek, tak dapat duit raya Tok Mek. Adik doakan Tok Mek sihat walafiat, dapat buat kuih raya banyak2, buat nasi dagang yang adik suka. Raya tahun ini juga adik tak dapat jumpa Abg Safri, Adik Qasih. Kalau tidak boleh main mercun sama-sama, kita jalan rumah orang sama-sama, kita kira duit raya sama-sama. Pada Tok Mek, adik akan jumpa Tok Mek pada Hari Raya Qurban nanti. Adik mau peluk Tok Mek puas-puas. Adik harap Tok Mek bergembira dihari raya tahun ini. Selamat hari Raya TOK MEK.

Leia Mais…

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga raya tahun ini memberi makna yang bermakna untuk kita semua. Macam kat oversea pulak bagi ucapan raya.hehehe. Sebenarnya shoot ini dibuat untuk kami abadikan diruang tamu dan di framekan. Ada jugalah kenangan raya untuk tahun ini. Mula2 susah juga nak control hero aku dua orang ni. berpeluh jugaklah nak suruh diaorang senyum, duduk diam.. Lepas shooting terus Faris & Adik minta duit raya.. iskksikk mana raya lagi.. ini kita nak ambil gambar sajalah.. nak buat frame. Semangat nak rayalah katakan. oklah.. kepada x client gomogi Photography, kami ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf andai ada silap & Salah.

Leia Mais…

Sunday, September 6, 2009

TELUK MENGKABONG

Sambungan edisi gambar masa outing dengan Bro Suhaimi. Memang aku berhajat lama dah nak sampai di tempat ni.. tahun lepas lagi, punyalah lama. Tapi kebetulan Suhaimi turun KK, so aku ajaklah shoot ke Mengkabong ni. Teluk Mengkabong ni memang cantik, bagi aku shooter Sabah jatuh wajib shoot di tempat ni.. bukan sunat lagi.heheheh.. comel sungguh ciptaan Ilahi ni. Insaf sekejap, renung dan fikir aku hanyalah photographer yang kerdil... Banyak jugak aku belajar masa shoot ni
1. Kesabaran : kena sabar tunggu bot tu lalu di tengah2 jambatan. x bleh main snap saja
2. Teknikal : Angle & komposisi kena betul

shooting habis dekat jam 6 ptg. sempatlah berbuka di Kedai dekat Politeknik KK. Plan keesokannya nak shoot lagi masa matahari naik. dah berangan gambar di kepala, light rim di gunung Kinabalu, ambient dari sisi, banyak lagilah....tapiiii.. apa dapat krohhkrohhhhh.. tertiarap waktu pagi sebab tidur dekat jam 2.30 pagi. camna nak bangun awal..
takpa lah lain kali aku mesti sampai lagi tempat ni.. ( kalu spiderman tunggu 12 tahun nak tawan KLCC, aku x kan tak bleh tunggu 1 bulan kot.hehhe).

Leia Mais…

Monday, August 31, 2009

GAYA STREET




hari Ahad 30/8/2009 aku dengan bro Suhaimi pergi shoot di Gaya street. Untuk shoot kali ni aku bangun seawal jam 5.30, sembahyang subuh dan jam 7 pagi aku dah terpajak di Tamu Gaya ini. Plan nak ambil foto journalism yang ada cerita di sebalik gambar yang di ambil. Memang aku akui selama ini aku ambil gambar point and shoot saja. Tiada perancangan dan tiada kesabaran. Dari outing ni aku blajar erti kesabaran dan perancangan yang teliti untuk dapatkan sekeping gambar yang memberi impak. Namun untuk outing ni lighting x berapa baik dan mendung saja. so terpaksalah tunggu dan tunggu sehingga dapat lighting yang diinginkan. aku betul2 praktikkan penggunaan spot metering untuk keadaan lighting yang contrast. thanks to Pok Nik.. aku cuba jugak follow seorang budak kecik dan tunggu untuk capture dia pegang belon. punyalah lama tunggu, budak tu x juga pegang belon tu . so melepaslah. iskiskiskisk. aku dah kira macam paparazi pulak untuk shoot budak ni. mujurlah bapak dia x perasan, kalu tidak ada yang kena bedal nanti.. cabut trus... Dalam sibuk menembak, sempatlah jugalah aku membeli apa yang berkenan dan apa yang menarik minat aku di tamu Gaya ni ialah anak kucing yang dijual. punyalah comel plus dengan hidung kemek pulak tapi harga...punyalah mahal lebih Rm1000 seekor. shoot kali ni aku puas hati walaupun x cukup tidur dan balik shoot terus berdengur ......zzzzzzzz

Leia Mais…

Wednesday, August 19, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM


Sampel album kristal 10 x 12 inci bagi pasangan Jimmy & Wati. Untuk design album ini aku cuba kurangkan penggunaan kotak2 gambar tetapi banyak editing dgn teknik masking antara gambar. Memang mengambil masa yang agak lama tapi bila dah biasa semuanya akan jadi mudah. " practise make perfect". macam biasa seperti album2 sebelum ini elemen gambar BW dah menjadi satu kewajipan bagi aku untuk letak dalam mana2 editing album GOMOGI Photography. oklah.. otak x da idea nak taip panjang2... opsss.. pesanan : dapatkan yg original dari GOMOGI Photography.

Leia Mais…

Thursday, August 13, 2009

WEDDING JIMMY & WATI (2)







Dalam sibuk2 mengedit aku cuba jugak update blog gomogi ni supaya org lain dan aku sendiri x bosan bila buka blog ni. maklumlah mengikut Sifu SN salah satu cara nak up traffic blog dgn rajin2lah update web/blog. ni gambar siri 2 yg aku dah edit yg mana aku nak ketengahkan gambar black & white ( BW ) dan penggunaan texture . Ada juga org bosan dengan BW katanya apa daaa. dah ada pelbagai warna nak jugak hitam/ putih ni. Bagi aku BW cukup memberi moment yg sangat menarik dan klasik. kalu kena gaya memang supersb gambar BW. Salah seorang Otai yg sangat meminati BW ni ialah saudara Amri Ginang. Kebanyakkan gambarnya BW. Kiranya idola aku lee ni.. emeeemm jauh lagi.. kena bertapa 40 hari / 40 malam lagi.. oklah layan gambar terkini. enjoice !!

Leia Mais…

Saturday, August 8, 2009

Wedding Awang Bongawan


Minggu lepas aku balik Kg ( bukan Kubang Kerian ) tapi ke Bongawan. Pakcik Ali mengahwinkan anak lelaki dia. Mentua aku muleh awal lagi ke kg. Aku lambat skit muleh. ada keja skit di KK. Sebenarnya aku bukan OP bagi majlis kahwin ini. aku cuma menyibuk snap beberapa keping gambar saja yg aku pikir moment yg patut ada bagi majlis kahwin di Kg ni. Macam moment pengantin lelaki ditunda oleh org tua dan keliling 3 x sebelum masuk ke dalam rumah. bagi aku moment tu perlu ada. tapi yg spoi hari tu, pesilat x pakaipun baju silat.... adus sayang gambar tu. Apa2pun Tahniah kepada Pakcik Ali dapat menantu baru. moga cepat dapat cucu yg keberapa aku x ingat dah. ramai sangat, meriah rumah bila semua ada.

Leia Mais…

Monday, August 3, 2009

Sekadar renungan

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni - “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…


Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar - dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Saya dah banyak kali terkena bila buat bisnes dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami. Saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Petikan dari Hasnudin ( fototeacher)

Leia Mais…

Wednesday, July 29, 2009

WEDDING JIMMY & WATI












Perkahwinan Jimmy & Wati pada 26 Julai 2009 di Labuan. Aku suka sebenarnya cover wedding pasangan ini kerana cukup sporting dan senang untuk kerjasama. ya.. mmg penting kerjasama antara photographer dgn pasangan untuk dapatkan sekeping gmbar yg mempunyai nilai yg cukup tinggi. Tambahan lagi perkahwinan diorang ni ikut adat bangsa berunai, memori aku kembali.hehehhe. Aku suka adat ni masih dikekalkan walaupun nampak menyusahkan terutama mlm berinai dan berbedak, habis satu badan kena lumur bedak sejuk. walaupun nampak menyusahkan tapi mmg bagus kerana muka nampak berseri dan ceria, barulah gambar nampak supersb. Agak mengejutkan aku jugak kerana majlis bersanding mula kira2 jam 12. yang paling awal pernah aku cover. tapi bagus jugak kerana sesi outdoor bleh buat awal. sesi outdoor di Labuan Botanical Garden. mmg best dan puas hati wlpun di bawah terik matahari. janji dapat capture apa yg aku plan. Di labuan ni sempatlah aku jumpa dgn otai Labuan , Suhaimi @ Poknik Kob. mmg banyak ilmu aku dapat blajar dri bro Suhaimi. dia lebih tekankan back to basic camera. oklah.. pada Jimmy & Wati.. sbar tunggu album anda. enjoice !!!



Leia Mais…

Thursday, July 23, 2009

Jalan2 Cari Foto









Jalan2 cari foto di sekitar Bandaraya Kuching. Banyak tempat yang menarik minat aku untuk shoot. tapi masa x cukup. aku bukan pergi Kuching semata2 nak shoot, tapi ada kursus Reka cipta anjuran LPM. Aku menginap di Harbour View Kuching. mmg strategik hotel ni, dekat dgn water front dan paling penting dekat dgn kedai yg jual kek Lapis Sarawak. Apa lagi aku pulun laa beli banyak2. Masa shoot nipun lepas kursus jam 4.30 ptg. itu sj masa yg ada. so aku dgn langkah sorang2 snap gmbar di India Street, naik bot shoot View Kuching dari Muzium Magherita, Dun Sarawak yg aku rasa paling cantik di Malaysia ni.. Kaya btul krajaan Srawak ni. Sebenarnya aku dah jatuh cinta street shoot ni. cewaah. sejak shoot di pasar malam Keningau tempoh hari, aku dh makin minat shoot style journalism. satu kepuasan bila lihat balik gelagat manusia berurusan di Pasar2, di jalanan sbg. mmg puas hati. bagi aku street shoot ni menambah keyakinan dan buang perasaan malu yg jadi satu element kalu nak jadi photographer. mana
bleh kalu photographer malu2 kucing nak ambil gambar. iayalah tengah bongkok2, baring di tgh lalu lalang org ramai, kena marah.. woii mana bleh ambil gambar org... aku dah lali dah...hehe

Leia Mais…

Saturday, July 11, 2009

SAMPEL PHOTOBOOK

contoh sampel photobook 12x12 inci dengan 40 pages. Alhamdulillah dapat siapkan photobook pasangan Nuar & Jye yang terlewat skit gara2 demam campak. sebenarnya proses editing photobook mengambil masa yang agak lama berbanding custom album. maklumlah photobook 40 pages, custom album 20 pages. cuma ketebalan setiap page photobook nipis skit. Kos penghasilan photobook @ custom di Sabah agak mahal berbanding di Semenanjung kerana faktor kos penghantaran dan kos lain2. Kos ini ditanggung oleh photographer semata2 untuk menghasilkan album yang berkualiti walaupun dengan kos yang agak mahal. aku puas apabila dapat hasilkan album dengan kualiti yang baik. Kepada Nuar dan Jye silalah tinggalkan komen anda tentang album ini. semoga komen anda dapat memperbaiki kualiti dan produktiviti Gomogi Studio. TQ

Leia Mais…

Monday, June 29, 2009

Wedding Nuar & Jye ( BW version)



dah lama x update blog ni.. untuk pengetahuan semua yg melayari blog aku ni... dah dekat 2 minggu aku kena chicken pox . ingatkan skit rupanya punyalah azab dan sengsaranya.semua sakit, apa kerja pun x bleh nak buat. proses editing nak siapkan album client pun terpaksa ditangguhkan kerana kepala aku x dapat pikir lagi idea2 custom ni.. so terbaring laa kerja.. iskiskkk. mungkin ada hikmah sebaliknya insyaAllah. selepas seminggu kena, aku terpaksa juga lawan dgn sakit kepala semata2 nak siapkan album. iyalah x best juga rasanya jika lewat terlalu lama, so dalam sehari siaplah juga 2-3 page. walaupun x banyak tapi sekurang2nya berjalan jugak, takdalah terjem trus. harap semua client aku faham. thanks. Gambar wedding Nuar dan Jye dalam version black & white serta ditambah dgn texture secukup rasa. aku memang seronok nak mengedit ala gambar lama jika ada persembahan silat dari kanak2 cilik. bagi aku cukup cantik dan moment yang menarik. sekarang ni jarang kenduri kahwin yang ada persembahan silat ni. lagi pun susah nak cari kumpulan silat dari kanak2 cilik ni. perlu ada kesungguhan sedikit untuk mengekalkan warisan turun temurun ni.. oklah..enjoyy

Leia Mais…

Monday, June 15, 2009

Wedding Hj Sobri & Asmah






Perkahwinan Hj Sobri & Asmah di Ranau pada 13/06/09. kiranya job penutup untuk cuti sekolah sem 1 ni. Sebenarnya Asmah ni adik Roslan ( geng aku di Pusat Kokurikulum Sabah.) Roslan ni buat business videography dan sebenarnya kami saling bagi job jika ada yg nak photo dan video. shoot pasangan ni mmg sempoi dan aku dan team Gomogi mmg happy dengan apa kami dapat.untuk shoot kali ni aku try apply santai action, natural and more candid. mlm sebelum shoot sempatlah buat TT dgn Lyanglahartz dan bincang pasal posing dan aspek teknikal. so aku apply apa yg aku blajar secara x formal. mmg aku puas hati walaupun terpaksa balik jam 12-1 pagi semata2 bincang dalam TT. Sedikit info pasal pasangan ni, Pasangan lelaki Hj Sobri dari Sg Petani Kedah. diorang dah kahwin awal lagi dan majlis ini adalah resepsi di Sabah. mmg simple aku shoot sebab x ada bersanding. so mmg senang kerja aku ditambah dengan environment yg sejuk berlatar belakangkan gunung Kinabalu.. mmg menarik dan segar mata memandang. Untuk pasangan Hj Sobri & Asmah moga bahagia hingga akhir hayat. sabar menunggu album anda. TQ

Leia Mais…

Friday, June 12, 2009

Journalism Outing in Keningau











12 Jun 2009 plan dgn azmi & lyanglahart buat shoot journalism style di Pasar malam Keningau dan area arked arshard shooping kompleks. aku memang x pernah shoot style journalism terutama di pasar malam Keningau. Tapi sebab ilmu cara nak shoot yg ada penceritaan dan moment yang ada elemen WOW. aku teruja dan x sabar nak test Tokina 11-16 f2.8. semua gambar shoots dgn super wide lens ni. mmg puas hati dan x sabar mau angkat sebijik. mmg beracun si Lyanglahart ni. Org keningau mmg sporting bila bilang mau shoot gambar diaorang. jadi mcm2lah tanya, ni darai reuter ke? Sabah Time dan ada kata dari TV3. x dalah pakcik & makcik,, nak asah mata jelah ni. Lepas outing lepak kat Kfcc. plan sambung sesi kritik shoot yg diambil. tapi x sempat, diorang bincang pasal shoot model esok. aku x bleh ikut coz ada shoot wedding di Ranau. rugiiiii.. satu lagi racun yg si Lyanglahart bawa ni pasal cokin. filter ni mmg menusuk jantung aku. mmg ada yg kata x payah pakai filter, cs3 kan ada. tapi bagi aku guna filter x sama dgn dah diedit di Cs3. jauh beza beb. 3 gambar ni guna cokin dan aku test kat sebelah stesen bas Tongma. oklah layannnn

Leia Mais…

Tuesday, June 9, 2009

Wedding Melayu Brunei


Perkahwinan anak pakcik Yahya pada 7 Jun 2009 di Kg Lingkudau, Keningau . nama pasangan aku x ingat sebab aku bukan OP majlis kahwin ni. Pakcik Yahya ni saudara sebelah isteri aku. so sambil makan sempatlah aku snap beberapa shoot untuk kenangan perkahwinan Melayu Berunei. Bagi aku adat perkahwinan Melayu agak unik dan sememangnya harus di warisi oleh anak generasi baru. Permainan Kulintangan (gambar 1) sememangnya acara wajib bila ada kenduri kendara. Mentua aku memang terror btul main benda ni. aku adalah cuba main tapi mmg susah nak ingat note dia ( bukan main hentam saja main). Klu x de bakat susahlah... Sedikit info pengantin, pihak lelaki dari Kedah dan kedua2nya kerja di KL. ni menantu pertamalah bagi Pakcik Yahya ni. tu yang meriah sakan siap dengan persembahan selingan dari budak2 Tambunan. Tahniah pada pakcik dapat menantu baru.

Leia Mais…

Sunday, June 7, 2009

WEDDING NUAR & JYE











Perkahwinan Nuar & Jye di Kg Pasir Puteh Keningau Sabah pada 6 Jun 2009. Aku last minutes dapat job ni sebab Frisco x dapat cover wedding ni. Ni serba sedikit background pengantin yang setakat aku tau. Nuar dari Taiping, Perak dan berkerja satu jabatan dengan isterinya ni di Putrajaya.. kira jumpa jodoh di pejabat laa ni. Untuk wedding ni aku shoot sorang sebab team GOMOGI STUDIO x dapat datang ada urusan di Maktab. Apa2pun shoot wedding Nuar dan Jee ni memang best dan aku puas hati dengan hasil gambar yg aku tembak. hilang penat bila tengok balik gambar. Senang kerja sorang photographer. Malam berinai pun aku sempat sembang2 dengan brader2 Nuar. Banyak crite pasal dia kat Kem Lok Kawi (Keja askar) dan pahit getir perajurit ni. bersemangat aku bila sembang pasal pahlawan ni. maklumlah cicit tok Janggut. ( janggut jelah..heheh.). Masa sibuk tengah shoot tu adalah sorang pakcik tanya aku dari mana pengantin laki ?. So aku cakaplah dengan pakcik dari Perak. dia kata baguslah budak2 zaman sekarang dah x cerewet dan berpikiran terbuka. perghhhhh terkedu aku bila dengar pakcik tu cakap. mmg open minded btul. aku agak umur pakcik lebih kurang 70 thn ke atas. teringat aku orang tua2 kat kg aku. bila sebut saja nak kahwin dng orang di luar daerah ( negeri yg sama pun) habis dibantai nya muda yang baru nak belajar hidup. susahlah nak balik kg, bila mati susah mau bawa balik, blablablablabla. bila aku pikir balik pada org tua dulu2 mmg susah pun kawin dgn orang jauh. iyalah nak balik kg mau dekat satu hari baru sampai. naik basikal, nak tunggu bas sekali sehari, naik bukit, turun bukit, redah paya, redah hutan.. pening... tapi sekarang dah berubah, senang saja balik, yg penting ongkos tebal. 'Everyone can fly'. dah melalut dah aku ni. sesi outdoor plan A aku x menjadi kerana payung terbalik dan trigger trus KO. (made in China daaa ), so plan B ok sket dan plan C penyelamat sesi outdoor di Keningau Golf Club. So mmg banyak benda aku belajar tentang perancangan dan strategi bila nak shoot ni. thanks a lot to Mr Lyan (bukan nama sebenar). hehehe. dia x mau glamer . Pada Nuar & Jye selamat pengantin baru, moga bahagia dunia akhirat. harap bersabar menunggu photobooks dalam masa lebih kurang 3 minggu. album sampai di pintu rumah anda..




Leia Mais…

Thursday, June 4, 2009

Wedding Shelihazman & Josephine








Perkahwinan pasangan Shelihazman & Josephine pada 29-30 hb Mei 2009 di Tamparuli, Sabah. Shelihazman dari Kelantan dan kiranya cinta merentasi Laut China Selatan la ni. (mcm aku gak..heheh). Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada hari selepas solat jumaat. aku balik sekolah trus berdezut ke Tamparuli. sampai agak lewat tapi sempatlah shoot mana2 yang penting. sesat jugaklah nak cari rumah pengantin. mujurlah jumpa jugak cari. Sebelah malam selepas solat Maghrib acara akad nikah di Masjid Tuaran. nak dijadikan cerita punyalah teruk jem di Highway Tuaran ( semua org nak balik kg masa cuti Keaamatan). Bayangkanlah dari KK ke Tuaran patutnyer dalam 30 minit, tapi ni mau dkt 1 jam. punyalah gelebah puyoh. (puyoh pun x gelebah mcm ni.). aku rasa klu bleh berjalan kaki, laju lagi. Apa2 pun sempat shoot moment akad Nikah dan sempat lagi buat strobist kat masjid. Aku puas hati gambar yang di shoot. Josephine ni jenis cool dan very sporting org nyer. senang kerja dengan pasangan ni. Tq so much hire us. Pada Shelihazman & Josephine selamat pengantin baru dan sabar menunggu album anda.

Leia Mais…

Tuesday, May 26, 2009

SAMPEL FRAME 2 KEPING GAMBAR 8R

contoh frame 2 keping gambar 8R yang digabungkan sekali dengan mounting board pelbagai warna mengikut citarasa pelanggan. frame ini juga di bingkaikan dengan kaca 'antireflection' yang tidak pantul cahaya apabila diletakkan di bawah lampu hiasan. frame yang sesuai diletakkan di ruang tamu dan sebagainya. Frame eksklusif ini termasuk di dalam pakej sticky album dan custom album.

p/s : pelanggan boleh juga meminta frame 2 keping gambar 8R secara berasingan.

Leia Mais…

Monday, May 18, 2009

SAMPEL STICKY ALBUM




Contoh sticky album yang di tawarkan oleh Gomogi Photography kepada client. Sticky album eksklusif ini mengandungi 40 page dengan 8 keping gambar saiz 8R (8 x 12 ) diedit secara custom dan 120 gambar 4 R. Pelanggan boleh memilih album mengikut kesukaan sendiri yang terdiri dari pelbagai warna. Apa yang penting bagi pihak Gomogi Photograpy kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.






Leia Mais…

Monday, April 27, 2009

WEDDING BOB & MAS







gambar lama masa tag dengan widelens. part aku suka time shoot makcik tengah main kulintangan. permainan ini wajib dimainkan bila ada perkahwinan atau keraian lain bagi bangsa Berunai. permainan ini terdiri dari koleksi gong besar dan kecil. namun sayangnya sekarang hanya warga emas saja yang berminat mengekalkan tradisi nenek moyang ni. budak muda sekarang x minat dah dengan permainan kulintangan ni. x glamer mungkin.



Leia Mais…

Wednesday, April 15, 2009

PERKAHWINAN BOB & MAS

SESI MAKE UP

OUTDOOR





Gambar perkahwinan Bob & Mas di Kg Tengah Bongawan, Sabah. Sebenarnya aku TAG dengan bro Widelens yang offer untuk Tag dengan dia masa majlis kahwin adik ipar dia ni. so apalagi peluang seumpama ini x kan dilepaskan walaupun agak jauh aku kena drive semata2 nak TAG. bagi aku ilmu yang dapat x dapat dibanding dengan benda. pengalaman setting kamera, PR dengan pengantin dan byk lagi yang aku belajar dari Widelens ni. Thanks a lots bro. Adat perkahwinan bangsa Brunei ni sememangnya aku tau dan aku alami masa kahwin dulu...hehehe teringat masa kahwin ikut adat Melayu Brunei. Terkebil2 bapak aku kena round dulu sambil pegang tali sebelum masuk rumah pengantin perempuan. blum kira lagi malam berbedak. habis satu badan kena lumur dengan bedak sejuk. sejuk wooooooo. tu pengalaman. tapi yang hampehnya masa tu x shoot pun detik budaya kahwin bangsa brunei ni sebab x tau nak dpt khidmat photographer.. kenapalah aku lambat sgt mencebur bidang tangkap gambor ni..ehhe


Leia Mais…

PERKAHWINAN MOHD KAMIL & KARMILAH



Perkahwinan Mohd Kamil dan Karmilah pada 7 - 8 Mac 2009 di Kg Bayangan Keningau. Karmilah ni adalah pembantu makmal sekolah aku. Kebetulan dia mencari photographer untuk shoot hari bersejarahnya. so apalagi GOMOGI offerlah pakej yang mampu di miliki. Thanks a lot to hire us. Harap berpuas hati dengan sticky album yang dimiliki. Sebenarnya inilah first wedding shot GOMOGI dan pada mulanya kelam kabut jugak. kebetulan masa perkahwinan ni. RTM buat rakaman mengenai Kg Bayangan dan ambil slot adat perkahwinan. so agak crowded gak tetapi apa2pun segala yang dirancang berjaya dibuat. cuma frust skit sebab x bleh buat outdoor sepenuhnya. masa suntuk sangat. jadi outdoor di dapan rumah pengantin je. itupun beberapa shoot saje. bolehlah dari tiada langsung. aku target sesi outdoor percuma ni sebab kat Keningau ni masih lagi baru sesi outdoor ni. sebab tulah bila GOMOGI shot outdoor ramailah mata memandang dan makcik2 pun pelik sebab pengantin ghaib lepas bersanding. rupanya di luar rumah tengah shooting. Tension makcik2.. sekali seumur hidup makcik2. biar jelah..

Leia Mais…

Thursday, April 9, 2009

custom Zain & Atie ( 8" X 10" )

page 8 & 9

page 4 & 5
Page 6 & 7
Page 2 & 3


Sampel custom album untuk album 8" X 10". aku x pernah buat dan x pernah print pun album custom ni. klu di KK cuma ada photobook. harga mmglah murah skit berbanding custom album. aku nak buat sample supaya senang nak display pada insan2 yang nak kawin. Ingat senang nak buat layout custom ni.. tapi susah gak dan ambil masa lama mengadap komputer. mmg tension anak aku , bapak asyik dgn laptop je.. x masa bwk main di tmn permainan. heheh. bapak sibukkk. mmg berbaloi dgn masa yang di spentkan ( apa punya bahasa daaa) untuk sample ni. 2-3 hari ni mata aku melilau cari web yang bleh print custom secara online. contact member ps mana kedai mau print, rata2 x mau bagi tau. tapi aku sedar dan aku paham itu strategi bisnes photography. klu tanya Saiful Nang pun mmg dia x akan bagi tahu. kena cari sendiri. iskkkiskk.. kena berdikari beb. mungkin ada yg tahu blehlah kongsi klu x keberatan. kesian photographer dari Keningau ni.. dahlah jauh.. mau print gambar pun terpaksa drive 2 jam lebih. jadi camana nak bagi best price pada client. so bakal client kena fahamlah.. kos2 yang terpaksa ditanggung. apa2 pun GOMOGI PHOTOGRAPHY memberi yang terbaik untuk anda dan berbaloi dengan duit yang anda belanjakan.



Leia Mais…

Friday, March 27, 2009

Wedding Zain & Atie (custom)



Edisi custom untuk portfolio Gomogi Photography. Yati x order pun custom album tapi aku nak buat sample supaya senang next client tengok.. wahhh berwawasan ni.. bagi aku client nak gak tengok dulu hasil kerja photographer.. ramai orang kata apa nak susah2 print custom, dahlah kos mahal, u upload saja di blog dan bagi add kat client suruh tengok. mgkin senang tapi kadang2 apa yang kita lihat secara virtual dengan yang sebenar ni lain skit.. klu dua2 strategi lagi bagus..ni yang aku praktis sekarang ni.


Leia Mais…

Wedding Zain & Yati






Untuk perkahwinan Zain & Yati ni, Gomogi Photography adalah buat preparation skit. maklumlah hari bersejarah orang dan x bleh buat ala kadar. nanti tension plak pasangan mempelai ni. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar termasuk outdoor yang dirancang. Bab outdoor ni di area Keningau masih lagi baru dan jarang di buat. jadi kami nak tonjolkan kelainan ( wlpun x lain pun). Bab larangan pengantin jalan selepas bersanding satu hal yang memeningkan kepala. maklumlah org tua2 x brapa bagi klu pasangan trus keluar rumah. Alasan darah manis. takut jadi apa2 yg x baik.


Leia Mais…

WEDDING ZAIN & YATI




Perkahwinan Muhammad Iziaini & Norhayati pada 14 - 15 Mac 2009 di GDW Kg Bayangan, Keningau Sabah. Sebenarnya Yati ni guru satu sekolah dgn aku dan juga geng photog Bingkor. so she hire us ( DO RE MI gengs) dan juga hire Annie Petrus. Zain asalnya dari Johor, kiranya antara dua benua mcm aku gak.hehehhe. Sesi shoot pasangan mempelai ni agak mencabar jugak sebab ahli keluarga Yati sememangnya ramai dan tentunya penuh di ruang tamu. mujurlah ada tiga photog. blehlah cover angle lain2. apapun memang berbaloi dan dapat apa yang kami nak. Selamat pengantin baru..






Leia Mais…