Saturday, April 3, 2010

PRE WEDDING AMIRAH & ALIFF| MESILAU, KUNDASANG, SABAH




Assalamualaikum. wbt
Kali ini aku entry Pre Wedding Amirah & Aliff di Mesilau Nature Resort, Kundasang, Sabah. Amirah atau nama panggilan mesra dia LALA memang seorang yang happy go lucky dan semestinya photographer enjoy shoot diorang. Sebenarnya aku bertolak dari Keningau jam 5.00 pagi lagi sebab target nak sampai di Kundasang sebelum jam 7 pagi. Bukan apa aku nak pre visual dulu tempat yang nak shoot dan disamping tu bolehlah snap gambar-gambar sendiri dan crews. Mesilau Nature Resort memang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. huhuuhu memang nyaman kat sana. cuma masa aku pergi tu, kabus meliputi gunung Kinabalu, so view tak berapa cantiklah. Kalau nampak gunung Kinabalu memang cantik bangat. Sementara aku tunggu Lala & Aliff bersiap di Bridal Graziella's. sempatlah aku ronda-ronda di sekitar Mesilau Nature Resort, Golf club dan apa lagi snaplah mana-mana yang cantik. Sesi shooting pakaian pertama di sekitar Mesilau Nature Resort dan selepas tu kami pindah di kawasan golf. Kalau ikut aturan memang tak boleh shoot di kawasan golf, tapi kami main redah je..hehheheheh berani betul. Apa lagi sedang syok-syok shoot, pekerja golf suruh berhenti dan bagi warning jangan pijak rumput.hehehehhe aku faham tu, akulah yang pijak rumput tu sebab baring-baring di padang rumput untuk dapat low angle.heheheh. takpa yang penting gambar dah dapat. Seterusnya kami pindah lagi di kawasan Kiram Village untuk pakaian yang ketiga. Bagi aku kalau nak shoot, hati seorang photographer perlu kena tenang, rilek tak boleh panik, gelabah. Mana mungkin nak gambar yang cantik kalau photographer asyik gelisah,. aku tension sebab bila aku nak shoot saja pak guard datang sound. adusssss. apa daaa.. kalau aku ambil gambar yang cantik dan post di web & Fb dan kalau orang tanya ehhhh mana tempat yang kau shoot ni.. so tengokkkkk dah aku promote tempat dia. so x perlu dia brabis duit nak promote. aku dah jadi duta kecil. oklah nanti aku sambung lagi cerita pasal pasangan Amirah & Aliff ni. SALAM.

0 comments: