Sunday, April 11, 2010

MENUJU KE JALAN ALLAH


Assalamualaikum W.B.T. Konsep yang aku ingin ketengahkan dalam shooting kali ini ialah konsep Ketuhanan. Kenapa perlu konsep yang sedemikian sedangkan banyak lagi yang boleh diketengahkan. Kenapa tidak shoot model-model yang seksi yang boleh menaikkan rating blog dan komen yang berjela-jela panjangnya. Gitulah soalan yang sering bermain di benak kebanyakan photographer. Bila nak buat sesi outing semestinya ada model yang seksi, ghairah dan macam-macam lagi yang kadang kala merimaskan aku. Cuma aku berfikiran untuk belajar tentang basic photography dan teknik pencahayaan. Titik perubahan dalam hidup perlu ada... yaaa. banyak benda yang perlu aku buat pembaharuan dalam berkarya. Aku perlu banyak ketengahkan fotografi yang bukan sekadar untuk tatapan mata dan keuntungan semata-mata tetapi lebih dari itu. Aku perlu fikirkan apa akibat dan musabab yang berlaku apabila aku upload sesuatu gambar . Sekarang niat aku satu sahaja supaya orang yang melihat gambar aku mendapat manfaat di dunia dan di akhirat. Bukan aku terlalu ekstreme dengan konsep ketuhanan dan mendabik dada mengatakan tidak buat perkara yang lain. Aku takut nanti memakan diri, cuma keinginan dan keazaman perlu ada dalam diri seseorang manusia. Aku cuba mengetengahkan konsep potrait yang lebih sopan, ada unsur ketimuran dan tidak terlalu seksi pada pandangan mata aku. biarlah orang nak mengatakan Gomogi Photography kolot, tidak ikut peredaran zaman dan lain-lain. Yang penting aku lebih tenang dan bebas dalam berkarya mengikut kehendak sendiri. oklah.. tunggu konsep Perempuan Melayu Terakhir @ dalam bahasa tempatan Sumandak Terakhir.. SALAM

Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp: 013-9813107 / 013-8813107
YM : gomogi02
Facebook : Mohd Mazlan
Mini Gallery : No. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, 89007 Keningau Sabah

0 comments: