Thursday, March 25, 2010

PROMOSI



Promosi Pakej Perkahwinan dari Gomogi Photography sudah bermula!!!. Dapatkan pelbagai jenis album yang eksklusif untuk diabadikan di hari bersejarah anda. Dapatkan potongan 10% bagi semua jenis pakej kecuali shoot & burn dan majlis pertunangan. Kesemua album yang bakal anda miliki ini di tempah khas dari Kuala Lumpur dan ianya amat berbaloi bagi wang yang anda laburkan. Biarlah kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Gomogi Photography asalkan anda berpuas hati dengan kualiti diberikan. Jika anda tidak berpuas hati dengan album yang anda dapat , sila kembalikan kepada pihak kami dalam tempoh 7 hari selepas terima album. Wahhhhhh,,, berani ahhh you bagi jaminan album dikembalikan, rugi you woooo... kata2 dari seorang sahabat aku. hahhahah aku tak kisah sangat yang penting setiap pelaburan yang dikeluarkan oleh orang perlu setimpal dengan kualiti yang diberikan. Bagi aku hubungan antara photographer dengan pengantin bukan habis apabila dia terima album tetapi sentiasa berterusan. Sekian lama aku masih lagi berhubung dengan ex-client aku. Janganlah pula diletakkan duit di tempat teratas sekali. (ingat lagi pesan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sentiasa menjadi idola aku, seorang yang sangat pemurah, tidak sombong, merendah diri yang penting sentiasa meletakkan pegangan agama dalam semua urusan perniagaan.) Ada yang berpendapat kalau nak berjaya dalam perniagaan tidak boleh "terlalu LURUS". kena ada bengkang-bengkok sikit. baruuuulaahh. alaaa senang crita kena ada HULUR-HULUR sikitlah, baru dapat tender, projek. Apa daaaaa. ingat semua rezeki Allah sudah tentukan dan berapalah sangat apa yang kita dapat didunia ini kalau nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah bagi kepada kita. so RENUNG & FIKIR.

Leia Mais…

Sunday, March 14, 2010

HAMYROL & NATTASHA | KENINGAU








Minggu ni aku shoot perkahwinan antara Hamyrol & Nattasha di Kg Menawo, Keningau. Last minute Nattasha sms nak tengok sampel album dan keesokan terus shoot. bagi aku inilah persiapan shooting perkahwinan yang paling singkat. Apa-apa pun aku buat rujukan juga mana yang sempat. kiranya bukan shoot dalam pikiran yang kosong. Aku berpegang dengan kata-kata " dont take a picture but make a picture". Mungkin ada yang tidak faham apa beza kedua-dua ini. 'take a picture" maksudnya yang aku pahamlah, kita ambil gambar yang tiada perancangan. just snap saja, mana yang ok menjadi , yang x ok, dibakul sampahkan. Tapi " make a pictures" maksudnya kita rancang dulu apa yang nak kita shoot. mesti dah ada dalam minda apa moment @ angle yang kita nak dapatkan. So kerja sebegini lebih memberi kepuasan kepada aku. dulu main blasah saje. takpalah hidup ini mesti kena ada peningkatan, hari ini lebih baik dari kelmarin. melalut udah aku ni. info pasangan ini, Natasha kerja di Hospital Keningau dan Hamyrol business sendiri. Memang ceria pasangan ini terutama Nattasha yang tidak perlu aku suruh senyum, sebelum aku tekan shutter dia dah senyum. oklah kepada Hamyrol & Nattasha " SELAMAT PENGANTIN BARU".

Leia Mais…

Tuesday, March 9, 2010

MOCK UP ALBUM


Assalamualaikum wbt.
Buah tangan terbaru dari Gomogi Photography iaitu Mock up Album. Album mock up ni cover depan boleh pilih design mana yang kita suka dan dicetak terus di atas kanvas . Bahagian dalam sama dengan sticky album. Cuma yang bagusnya mockup album ni, ada gambar khas pengantin yang diedit sepenuhnya. Warna album, gambar dan tulisan semuanya boleh di pilih oleh client mengikut citara tersendiri. ini berbeza dengan sticky album yang bahagian hadapan bleh letak gambar dalam tetingkap sahaja. Senang cerita sticky album ni bleh beli terus dari kedai berbanding mock up album yang kena tempah khas. Kepada bakal client Gomogi Photography dapat album mock up ini dengan pakej yang istimewa dan dapatkan potongan 10% untuk 10 pelanggan terawal. TQ

Leia Mais…

Monday, March 8, 2010

CRYSTAL ALBUM LAYOUT ( FIZREE & JOHANA)


Alhamdulillah akhirnya siap juga album pasangan Fizree & Johana walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya. Ini contoh layout yang terdiri dari 20 helaian muka surat. Design kali ini aku cuba aplikasikan teknik korporat dalam semua editing prewedding. nak ada kelainan dalam semua editing supaya sentiasa segar dan tidaklah aku edit benda yang sama. sebenarnya aku cepat bosan apabila melakukan sesuatu benda yang sama dan tidak ada kelainan. Yaaa. sentiasa kena improve dan mengikut trend terkini. hehehehe. cuma apabila aku nak apply design baru, sesuatu album memakan masa untuk disiapkan. iayalah akulah photographer, akulah designer, akulah buat marketing dan akulah kuli. sekarang ni aku cuba didik 1 orang junior photographer dan 1 orang junior designer. itupun partime. sekurang-kurangnya kurang sikit beban aku. oklah kepada fizree & Johana nanti saya hantar album anda. TQ

Leia Mais…

Monday, March 1, 2010

KK STREET OUTING | 27-28 FEBRUARY 2010





Kota Kinabalu Street Outing pada 27 hingga 28 Februari 2010. Geng-geng penembak untuk outing kali ni ialah azmi ( Keningau dave hill ), Azrul, burn dan aku sendiri. Tema outing kali ni adalah street journalism. so pagi lagi dah bertolak ke Kota Kinabalu dan berhenti di Papar sekejap untuk mengalas perut dan shoot sekejap di Pasar tani Papar. Seterusnya geng penembak tepat ni bertolak ke KK untuk cari hotel untuk bermalam ( walaupun tidur sekejap saja ). Sesi pertama shoot adalah di depan Plaza Wawasan dengan target pejalan kaki yang melintas jalan. perghhhhh masa tu punyalah panas sampai aku dan azmi terpaksa sekejap-sekejap masuk plaza wawasan untuk sejukkan badan. inilah cabaran seorang jurufoto journalist. walau apa pun cabaran aku tekad untuk dapat gambar yang terbaik. ramai yang anggap hobi shoot style journalism ini membuang masa dan tak berfaedah. iyalah terbongkok2, terpacak di tengah panas, shoot di tepi jalan. APA BARANG shoot camni!!!!. Sebenarnya bagi aku banyak faedah shoot journalism ni. antaranya :

1. Buang perasaan malu bila ambil gambar
2. tingkatkan tahap keyakinan diri
3. Peka dengan moment2 yang berlaku
4. belajar nak buat gambar
5. Belajar setting/ teknikal camera dengan pantas
6. PR
7. Pandai mengagak apa peristiwa yang akan berlaku seterusnya
8. Belajar bangun pagi dan tepati masa
9. Dapat melihat gelagat manusia dan seterusnya bersyukur dengan rahmat Ilahi
10. Sentiasa fokus pada kerja dan tidak buang masa ketika berkerja.

Sapa yang tidak minat shoot jalanan ni, mulai sekarang cuba shoot dulu dan lepas tu baru nilai sendiri apa yang anda dapat. oklah.. bersambung nanti ...aku nak stroy pertemuan geng penembak dengan journalist photographer dari KL.

Leia Mais…