Sunday, June 7, 2009

WEDDING NUAR & JYE











Perkahwinan Nuar & Jye di Kg Pasir Puteh Keningau Sabah pada 6 Jun 2009. Aku last minutes dapat job ni sebab Frisco x dapat cover wedding ni. Ni serba sedikit background pengantin yang setakat aku tau. Nuar dari Taiping, Perak dan berkerja satu jabatan dengan isterinya ni di Putrajaya.. kira jumpa jodoh di pejabat laa ni. Untuk wedding ni aku shoot sorang sebab team GOMOGI STUDIO x dapat datang ada urusan di Maktab. Apa2pun shoot wedding Nuar dan Jee ni memang best dan aku puas hati dengan hasil gambar yg aku tembak. hilang penat bila tengok balik gambar. Senang kerja sorang photographer. Malam berinai pun aku sempat sembang2 dengan brader2 Nuar. Banyak crite pasal dia kat Kem Lok Kawi (Keja askar) dan pahit getir perajurit ni. bersemangat aku bila sembang pasal pahlawan ni. maklumlah cicit tok Janggut. ( janggut jelah..heheh.). Masa sibuk tengah shoot tu adalah sorang pakcik tanya aku dari mana pengantin laki ?. So aku cakaplah dengan pakcik dari Perak. dia kata baguslah budak2 zaman sekarang dah x cerewet dan berpikiran terbuka. perghhhhh terkedu aku bila dengar pakcik tu cakap. mmg open minded btul. aku agak umur pakcik lebih kurang 70 thn ke atas. teringat aku orang tua2 kat kg aku. bila sebut saja nak kahwin dng orang di luar daerah ( negeri yg sama pun) habis dibantai nya muda yang baru nak belajar hidup. susahlah nak balik kg, bila mati susah mau bawa balik, blablablablabla. bila aku pikir balik pada org tua dulu2 mmg susah pun kawin dgn orang jauh. iyalah nak balik kg mau dekat satu hari baru sampai. naik basikal, nak tunggu bas sekali sehari, naik bukit, turun bukit, redah paya, redah hutan.. pening... tapi sekarang dah berubah, senang saja balik, yg penting ongkos tebal. 'Everyone can fly'. dah melalut dah aku ni. sesi outdoor plan A aku x menjadi kerana payung terbalik dan trigger trus KO. (made in China daaa ), so plan B ok sket dan plan C penyelamat sesi outdoor di Keningau Golf Club. So mmg banyak benda aku belajar tentang perancangan dan strategi bila nak shoot ni. thanks a lot to Mr Lyan (bukan nama sebenar). hehehe. dia x mau glamer . Pada Nuar & Jye selamat pengantin baru, moga bahagia dunia akhirat. harap bersabar menunggu photobooks dalam masa lebih kurang 3 minggu. album sampai di pintu rumah anda..




0 comments: