Sunday, December 6, 2009

MARATHON

Minggu ini 4-6/12/2009 merupakan shoot marathon bagi Gomogi Photography kerana kena seawal pagi dah berangkat ke tempat majlis kahwin dan balik bila matahari dan terbenam. lepas mandi sekejap, sembanyang maghrib & isyak keluar lagi untuk shoot sesi indoor di studio pulak. perghhhhhh.. memang letih, kalu camera kena charge bateri, kalau badan manusia dapat charge juga lagi best. masa ini kalau minum poweroot berbelas tin pun belum tentu lagi dapat hilangkan rasa mengantuk. sesi shoot indoor di studio habis jam 10.30 malam dan sambung lagi dengan sesi TT di kedai Kak Ning, Keningau. balik bila kebanyakan rumah di taman aku dah tutup lampu semua. anak2 aku pun asyik tanya, ' abah keja apa ni, kejap ada kejap tiada. macam biskutlah.. heheheh budak-budak pun tahu boring bila asyik berperap dirumah. takpelah my hero nanti kita pergi holiday di Genting Highland. mainlah kat situ puas-puas !!. Secara keseluruhan sesi shooting berjalan dengan lancar, cuma kekangan masa yang mencemburi aku.. ( adus ayat yang tak pernah lagi aku tulis sebelum ini... skema btul !! ). kepada client2 Gomogi Photography nantikan sample gambar-gambar anda akan di upload dalam blog ini pada masa terdekat. sabar menunggu dan berbanyak terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk abadikan kenangan terindah anda semua. Thank you so much.

0 comments: