Tuesday, December 8, 2009

WEDDING FAUZI & AINUL ( GDW TUDAN BARU, KENINGAU)








Perkahwinan Fauzi & Ainul di GDW Tudan Baru Keningau. Gomogi Photography diamanahkan untuk mengambil gambar hari bersejarah diorang. Memang meriah dengan acara-acara selingan yang menarik minat aku. Ada orkestra bamboo, silat, tarian dan macam-macam lagi yang kadang kala melekakan jurufoto.heheheheh. Apa -apa pun moment2 penting tidak terlepas. sedikit info berkenaan dengan kedua mempelai ini, Fauzi kerja di ADK di Sungai Besi KL dan Ainul di Pusat serenti Melaka sebagai kaunselor. kiranya diorang satu tempat kerjalah. senanglah nak atur jadual kerja. Majlis akad nikah dibuat oleh bapa pengantin perempuan sendiri dan suasana dalam rumah cukup ramai dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak. photographer terpaksalah cari-cari angle yang mana boleh masuk. Sorrylah pada pakcik2 dan makcik yang aku lalu saja depan mereka itu semata-mata nak dapatkan angle2 yang terbaik. tambahan lagi inilah shoot yang memerlukan aku guna dua kamera body. perghhh lenguh bahu jangan ceritalah. takpelah nanti alah bisa tegar biasa. Yang penting berbagai angle dan moment boleh diambil dengan guna 2 body dan lens yang berbeza. shoot untuk sesi outdoor tidak dapat dibuat kerana masa cukup suntuk dan sesi memotong kek bermula jam 6.00 ptg. Oklah kepada pasangan Fauzi & Ainul ' SELAMAT PENGANTIN BARU'. Sabar menunggu album anda. TQ

0 comments: