Wednesday, December 16, 2009

BALIK KAMPUNG

Yahoooo. 15/12/2009 aku sekeluarga pulang ke Kelantan untuk habiskan cuti sekolah yang tinggal lebih kurang 3 minggu saja lagi. kali ini bleh relak sikit walaupun di Kg aku masih lagi ada 2 tugasan perkahwinan dan komersil. apa yang penting dapat jumpa dengan kedua ibubapa dan Faris & Faris dapat jumpa dengan Tok Mek dan Tok Ayoh. Di Kg segala proses editing aku tangguhkan seketika kerana aku mau betul2 relax di Kg dan tidak mahu fikirkan dulu pasal editing. Kepada client Gomogi Photography jangan risau kerana album anda akan siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Oklah, cerita pasal aktiviti di Kelantan ini, aku tertarik dengan hobi baru ayah aku dan juga kebanyakan rakyat Kelantan iaitu bela ikan Laga ( ike kareng ). ada yang boleh jual sampai RM300 seekor ikan laga. perghhhhhh, apa yang istimewa sangat aku pun tak tau. so sebagai journalist ( kononnyerlah) aku sembang2lah dengan ayah aku dan geng2 dia pasal ikan laga ini. Rupanya diorang bela ikan laga untuk bawa ke pertandingan ikan laga tercantik, macam pertandingan miss universe lah.. isksisks mula-mula heran juga aku, apa yang cantik ikan laga ini. aku tengok sama saja. tapi tanggapan aku silap bila aku sembang dengan jiran aku yang lama menceburi dalam ternakan ikan laga ini. Memang cantik dan ada kelainan dan aura tersendiri. patutlah ramai yang gila bela ikan ni. secara ringkas kini perbualan :

Aku : Macamana cara pengadilan ikan laga ni?
Jiran : Ada juri, macam-macam juri, juri seni kecantikan, lentok badan, warna, kegarangan, dll
Aku : terpegun .oooooooo macam2 juri ada. yuran masuk pertandingan berapa kena bayar?
jiran : RM 5 seekor, biasa bawa lebih 5 ekor masuk pertandingan.
Aku : Hadiah kalu menang brapa lah. Tanding biasa pukul brapa?
Jiran : Hadiah hamper jah, tanding biasa jam 10 malam.
Aku : 10 mlm ???.

Gitulah kalau dah minat dan dah jadi budaya masyarakat Kelantan sebenarnya dengan minat yang pelik2. Dulu masa aku kecik-kecik dulu ikan laga ini aku carik sendiri di Sungai, tali air dan balik peram dalam tanah dan lepas tu laga dengan lawan..hehehehe zalim betul.. itu dululah, sekarang ni pertandingan cantik pulak.. oklah nanti aku upload gambar2 ikan laga tu. enjoice.


Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiweding.blogspot.com
Email : mazlan76@gmail.com
Hp : 013-9813107 / 013-8813107
YM : gomogi02
Galeri : 126, Taman Jutaya 2, 89007 Keningau Sabah.

0 comments: