Monday, April 27, 2009

WEDDING BOB & MAS







gambar lama masa tag dengan widelens. part aku suka time shoot makcik tengah main kulintangan. permainan ini wajib dimainkan bila ada perkahwinan atau keraian lain bagi bangsa Berunai. permainan ini terdiri dari koleksi gong besar dan kecil. namun sayangnya sekarang hanya warga emas saja yang berminat mengekalkan tradisi nenek moyang ni. budak muda sekarang x minat dah dengan permainan kulintangan ni. x glamer mungkin.



Leia Mais…

Wednesday, April 15, 2009

PERKAHWINAN BOB & MAS

SESI MAKE UP

OUTDOOR





Gambar perkahwinan Bob & Mas di Kg Tengah Bongawan, Sabah. Sebenarnya aku TAG dengan bro Widelens yang offer untuk Tag dengan dia masa majlis kahwin adik ipar dia ni. so apalagi peluang seumpama ini x kan dilepaskan walaupun agak jauh aku kena drive semata2 nak TAG. bagi aku ilmu yang dapat x dapat dibanding dengan benda. pengalaman setting kamera, PR dengan pengantin dan byk lagi yang aku belajar dari Widelens ni. Thanks a lots bro. Adat perkahwinan bangsa Brunei ni sememangnya aku tau dan aku alami masa kahwin dulu...hehehe teringat masa kahwin ikut adat Melayu Brunei. Terkebil2 bapak aku kena round dulu sambil pegang tali sebelum masuk rumah pengantin perempuan. blum kira lagi malam berbedak. habis satu badan kena lumur dengan bedak sejuk. sejuk wooooooo. tu pengalaman. tapi yang hampehnya masa tu x shoot pun detik budaya kahwin bangsa brunei ni sebab x tau nak dpt khidmat photographer.. kenapalah aku lambat sgt mencebur bidang tangkap gambor ni..ehhe


Leia Mais…

PERKAHWINAN MOHD KAMIL & KARMILAH



Perkahwinan Mohd Kamil dan Karmilah pada 7 - 8 Mac 2009 di Kg Bayangan Keningau. Karmilah ni adalah pembantu makmal sekolah aku. Kebetulan dia mencari photographer untuk shoot hari bersejarahnya. so apalagi GOMOGI offerlah pakej yang mampu di miliki. Thanks a lot to hire us. Harap berpuas hati dengan sticky album yang dimiliki. Sebenarnya inilah first wedding shot GOMOGI dan pada mulanya kelam kabut jugak. kebetulan masa perkahwinan ni. RTM buat rakaman mengenai Kg Bayangan dan ambil slot adat perkahwinan. so agak crowded gak tetapi apa2pun segala yang dirancang berjaya dibuat. cuma frust skit sebab x bleh buat outdoor sepenuhnya. masa suntuk sangat. jadi outdoor di dapan rumah pengantin je. itupun beberapa shoot saje. bolehlah dari tiada langsung. aku target sesi outdoor percuma ni sebab kat Keningau ni masih lagi baru sesi outdoor ni. sebab tulah bila GOMOGI shot outdoor ramailah mata memandang dan makcik2 pun pelik sebab pengantin ghaib lepas bersanding. rupanya di luar rumah tengah shooting. Tension makcik2.. sekali seumur hidup makcik2. biar jelah..

Leia Mais…

Thursday, April 9, 2009

custom Zain & Atie ( 8" X 10" )

page 8 & 9

page 4 & 5
Page 6 & 7
Page 2 & 3


Sampel custom album untuk album 8" X 10". aku x pernah buat dan x pernah print pun album custom ni. klu di KK cuma ada photobook. harga mmglah murah skit berbanding custom album. aku nak buat sample supaya senang nak display pada insan2 yang nak kawin. Ingat senang nak buat layout custom ni.. tapi susah gak dan ambil masa lama mengadap komputer. mmg tension anak aku , bapak asyik dgn laptop je.. x masa bwk main di tmn permainan. heheh. bapak sibukkk. mmg berbaloi dgn masa yang di spentkan ( apa punya bahasa daaa) untuk sample ni. 2-3 hari ni mata aku melilau cari web yang bleh print custom secara online. contact member ps mana kedai mau print, rata2 x mau bagi tau. tapi aku sedar dan aku paham itu strategi bisnes photography. klu tanya Saiful Nang pun mmg dia x akan bagi tahu. kena cari sendiri. iskkkiskk.. kena berdikari beb. mungkin ada yg tahu blehlah kongsi klu x keberatan. kesian photographer dari Keningau ni.. dahlah jauh.. mau print gambar pun terpaksa drive 2 jam lebih. jadi camana nak bagi best price pada client. so bakal client kena fahamlah.. kos2 yang terpaksa ditanggung. apa2 pun GOMOGI PHOTOGRAPHY memberi yang terbaik untuk anda dan berbaloi dengan duit yang anda belanjakan.



Leia Mais…