Tuesday, January 5, 2010

WEDDING KASNAN & AZIANAWATY




Perkahwinan Kasnan & Azianawaty di Kg Tuarid Taud pada 13 Disember 2009. Ini last job aku sebelum aku berangkat pulang ke Kelantan untuk habiskan cuti persekolahan tempoh hari. Untuk memenuhi client-client Gomogi Photography aku balik lewat dan hanya berada di Kelantan cuma 2 minggu sahaja. iskiskisk. Azianawaty atau aku panggil Wati saja adalah saudara sebelah isteri aku. so aku pun dah biasa dengan bapa dia ( pakcik Ayub) dan kerja aku menjadi mudah dengan client yang kita dah kenal. Majlis diorang memang meriah dengan selingan tarian poco-poco, gambus dari Bongawan dan malam acara pertandingan tarian. TERUJA aku mengambil gambar yang banyak memberi pengalaman baru bagi aku. Info berkenaan dengan Kasnan ialah anak lelaki kepada tokey Syarikat Bas Bumiputra. Masa majlis pasangan mempelai ini semua perjalanan bas bumiputra ke KK dibekukan. iyalah semua tokey-tokey besar sibuk untuk menguruskan perkahwinan anak dia. Sesi outdoor dibuat di ACD Quarry jalan Tenom. cuma keadaan pada sebelah pagi agak berkabus dan cuaca tidak menentu. oklah kepada Kasnan & Wati ' " SELAMAT PENGANTIN BARU".

0 comments: