Wednesday, February 17, 2010

PRE WEDDING FIZREE & JOHANA | KENINGAU | SABAH


Pre wedding Fizree & Johana pada bulan Disember 2009. lambat aku upload gambar pasangan ini kerana berlaku masalah teknikal sikit. so lambatlah sikit. namun segala masalah tersebut telah selesai dah sekarang ni album dalam proses editing. Sebenarnya Fizree & Johana ni ex student aku di SEMEKEB. heheheehe cikgu tukar option jadi jurugambar. Pada mula-mula shoot, diorang agak malu-malu, maklumlah cikgu dia suruh pose macam tulah, macam nilah. bila dah ok barulah aku shoot yang betul-betul punya. so takdalah gambar nampak segan dan silunya.heheheheh, sekali sekala guna ayat baku. Untuk editing kristal album diorang, aku cuba pelbagai gaya editing aku yang agak berbeza dengan sebelum ni. macam-macam benda yang aku apply dalam editing kali ni. Sebenarnya aku tak mau statik dalam skill editing dan perlu pembaharuan dari masa kesemasa. orang bilang ikut trend terkini dan trendy.. pada ex student aku ni, Moga Selamat ke Jinjang Pelamin..

0 comments: