Monday, October 12, 2009

WEDDING SHARYWANI & AZAMAIN ( PART 2 )





Lama dah rasanya aku x update blog aku ni. sekarang agak sibuk sikit untuk siapkan album2 custom ni. rumit jugak prosesnya bukan sekadar shoot sahaja tapi kena buat post processing lagi , pilih gambar, edit dan buat layout. so banyak masa aku sekarang mengadap komputer. Berpinar butir mata, heheh. Masa aku shoot sesi posing di dalam bilik bagi pasangan Sharywani & Azamain ni, tiba2 blackout.. adus tension banyak lagi pose yang belum buat. dahlah deco dalam bilik menarik dengan warna yang terang. rugi kalu tak shoot banyak. mujurlah aku x panik dengan situasi macamtu dan aku cuba teknik low key. guna spot metering, baca meter di kawasan cerah dan aku lock exposure dan..... shoot.. perghh selamat dan dapat juga hasilkan gambar yang menarik pada pandangan aku. tulah kadang-kadang kita merancang nak shoot angle macam tu macam ni, tapi berlaku musibah lain.. so moralnya kita kena ada plan A, B dan C. Persiapan jika berlaku apa-apa yang kita tidak jangka. oklah chow dulu mau pi semayang...

0 comments: