Wednesday, January 27, 2010

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM





Assalamualaikum. Dah lama rasanya aku tidak update blog ni. kali ini aku update sampel-sampel design kristal album client-client gomogi Photography yang dah pun dihantar kepada mereka. semua design ini bersaiz 10x12 dengan kekemasan kepingan berkristal. Semua album dibuat tanpa guna template yang sedia ada. aku rasa bosan bila design guna template. KENAPA BOSAN ???. sebab tiada kelainan kalau guna template. memanglah client lain-lain, tapi aku rasa puas apabila dapat design yang terbaru dan terkini mengikut gaya editing Gomogi Photography. Patutlah otai-otai photography sentiasa mementingkan kepuasan diri terlebih dahulu dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Bila kita buat sesuatu perkara dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa memikirkan ganjaran terlebih dahulu, biasanya dimurah rezeki. emmmmm moga tahun 2010 memberi sinar yang baru kepada Gomogi Photography. AMIN..

Leia Mais…

Wednesday, January 13, 2010

WEDDING ALMIZAN & ALVONNA FARHANAH | PUTATAN | SABAH









Kali ini aku upload perkahwinan Almizan & Alvonna Farhanah pada 01/01/2010 di Putatan Sabah. wow... inilah aku cover wedding pada tahun baru yang kebetulan tarikh lahir aku. kekekekke. Aku lupa seketika untuk celebrate birthday aku dengan family semata-mata untuk shoot perkahwinan mereka. Acara akad nikah pada jam 8.30 pagi, jadi aku bertolak dari Keningau jam 5.00 pagi lagi dengan crews Gomogi Photography. Orang lain masih lagi dibuai mimpi aku dan crews dah di puncak Kimanis menuju ke KK.. ( macam sajak lah pulak). Info kedua pasangan mempelai ini, Almizan berasal dari Kuching Sarawak, bekerja di Labuan manakala Farhanah di JKR Kota Kinabalu. Meriah sungguh acara perkahwinan diorang dengan iringan tarian Kadazandusun dan paling menarik perhatian aku apabila pengantin dikepung oleh anak saudara dengan diiringi alunan lagu tradisional. Macam-macam cara pasangan pengantin buat untuk meloloskan diri dari kepungan. mujurlah seorang nenek bagi tip kepada Almizan cara untuk loloskan diri. camana nak buat?..... apa lagi Almizan dukunglah Farhanah dan berjaya loloskan diri. so untungnya jadi photographer ni sebab banyak aku dapat pengalaman apabila shoot pasangan yang berbilang bangsa. untuk sesi outdoor, perancangan nak buat di Lembah Impian tetapi tak dapat sebab kena bayar.. adus tempat memang cantik. so cari lagi tempat lain di area putatan. SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan Almizan & Alvionna Farhanah. TQ

Leia Mais…

WEDDING MOHD SUFIAN & WAN NOR ROSENAINI | MELOR | KELANTAN







Perkahwinan Mohd Sufian & Wan Nor Rosenaini pada 19 Disember 2009 di Melor Kelantan. Tugasan aku yang pertama di Kelantan dan shoot di Klate ni agak relaks sikit kerana majlis berinai tidak ada, cuma malam selepas akad nikah ada shoot posing. untuk shoot posing saja ada 6 persalinan pakaian. fuyooooo, inilah shoot persalinan yang paling banyak pernah Gomogi shoot. Macam-macam jenis ada, Style Arab, Sepanyol, Jepun dan banyak lagilah. Meriah album diorang dengan style yang pelbagai. Sedikit info tentang pasangan mempelai ini, Mohd Sufian kerja sebagai lawyer syarie di Kota Bharu dan Rosenaini kerja sebagai guru di Semporna, Sabah. Lepas ini diorang terpaksalah berjauhan, sabar jelah ye.... Untuk sesi outdoor aku buat di sekitar Melor saja. ronda-ronda jumpalah kawasan ditepi tali air. mula - mula aku risau jugak, maklumlah masa tu musim hujan di Kelantan, tapi alhamdullilah shootign berjalan dengan lancar. last shoot hujan mula turun walaupun masa tu masih bersemangat lagi nak shoot. Oklah kepada Sufian & Rosenaini 'SELAMAT PENGANTIN BARU".

Leia Mais…

Tuesday, January 5, 2010

WEDDING KASNAN & AZIANAWATY




Perkahwinan Kasnan & Azianawaty di Kg Tuarid Taud pada 13 Disember 2009. Ini last job aku sebelum aku berangkat pulang ke Kelantan untuk habiskan cuti persekolahan tempoh hari. Untuk memenuhi client-client Gomogi Photography aku balik lewat dan hanya berada di Kelantan cuma 2 minggu sahaja. iskiskisk. Azianawaty atau aku panggil Wati saja adalah saudara sebelah isteri aku. so aku pun dah biasa dengan bapa dia ( pakcik Ayub) dan kerja aku menjadi mudah dengan client yang kita dah kenal. Majlis diorang memang meriah dengan selingan tarian poco-poco, gambus dari Bongawan dan malam acara pertandingan tarian. TERUJA aku mengambil gambar yang banyak memberi pengalaman baru bagi aku. Info berkenaan dengan Kasnan ialah anak lelaki kepada tokey Syarikat Bas Bumiputra. Masa majlis pasangan mempelai ini semua perjalanan bas bumiputra ke KK dibekukan. iyalah semua tokey-tokey besar sibuk untuk menguruskan perkahwinan anak dia. Sesi outdoor dibuat di ACD Quarry jalan Tenom. cuma keadaan pada sebelah pagi agak berkabus dan cuaca tidak menentu. oklah kepada Kasnan & Wati ' " SELAMAT PENGANTIN BARU".

Leia Mais…

WEDDING MIMI & MUSA







Perkahwinan Mimi & Musa di Kg Bayangan Keningau pada 6/12/2009. Sorry lambat upload gambar. begitulah kesibukan seorang penangkap gambar bila musim cuti sekolah. tak berkesempatan untuk aku update blog ni sekerap yang mungkin. kepada pengunjung blog ni dan client2 gomogi Photography aku ucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan kalian. Semoga Gomogi Photography terus dapat abadikan kenangan terindah anda dengan lebih 'WOW". Berbalik kepada pasangan Mimi & Musa, akad nikah diadakan pada jam 8.00 pagi. so awal2 lagi lagi aku dah terpacak depan rumah Mimi. rasanya nilah shoot yang paling awal aku berkerja. baguslah sekurang-kurangnya aku boleh bangun awal. kalau tiada kerja memang masih berdengkur lagi gamaknya. Musa berkerja sebagai Pegawai maritim di Kelang dan Mimi sebagai cikgu di Kudat. Masa majlis potong kek, tak guna pisau plastik tapi pedang panjang. perghh barulah nampak macam pahlawan. Oklah kepada Mimi & Musa, SELAMAT PENGANTIN BARU. Sabar menunggu album anda.

Leia Mais…