Thursday, April 22, 2010

MOCK UP ALBUM LAYOUT ( ALIFF & AMIRAH)



Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala proses editing album Aliff & Amirah berjalan dengan lancar dan aku dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus Gomogi Photography berkarya. Aku masih ingat tahun lepas yang aku kena demam campak. Apa-apa kerja pun tak boleh buat.. terbaring saja.. Bosan, memang bosan .. Album client perlu disiapkan tetapi badan nak bangun pun tak boleh. so.. akibatnya album lambat dihantar dan syukur semua client faham situasi tersebut.. itu cerita dulu.. ada hikmah sebaliknya iaitu aku perlu jaga kesihatan dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Hebat macamana sekalipun seseorang photographer kalau kesihatan dia teruk, nak shoot macamana?, nak edit gambar macamana, apatah lagi nak siapkan album...so JAGA KESIHATAN ANDA.hehehe macam iklan untuk Kementerian Kesihatan pulak dah. oklah kepada pasangan Aliff & Amirah sabar menungu album anda. Semoga anda berpuas hati..TQ

Leia Mais…

Sunday, April 18, 2010

OFF FLASH OUTING





Assalamualaikum w.b.t
Untuk bulan April ni geng-geng photography Bingkor memilih tema SEPI untuk shooting pada kali ini. SEPI.... yaaaa.. sepi di kala kita berduka, sepi di kala kita keseorang dan sepi bila orang yang tersayang berada jauh atau meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mungkin dalam kesepian kita dapat mendapat petunjuk dari yang Maha esa. Seramai 4 orang yang dapat hadir pada kali ini dan yang lain ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Paling aku respek pada cikgu Raini & cikgu Jaulis. Walaupun baru pegang kamera tapi semangat yang kental untuk belajar membuat aku turut semangat untuk anjurkan siri outing lagi. iyalahh tujuan sebenar aku anjurkan siri outing ini adalah semata-mata untuk memeriahkan bidang fotografi di keningau ni dan berkongsi ilmu yang mana aku tahu. tidak rugi rasanya berkongsi ilmu malah bertambah berkat ilmu yang dipelajari. Siri outing kali ini juga sebenarnya adalah kesinambungan kursus off flash hari tu dan mengasah kembali ilmu yang dipelajari tempoh hari. Bukan apa, ilmu kalau tidak diamalkan akan berkarat dan luput. so practise make perfect. oklah thanks a lot to :

Photographer : Mazlan, Jaulis, Raini, Rayner, Fairuz
Talents : Yuki, meira, Liselle & Chintia
Crews : Sanggaria & Calsend

Leia Mais…

Monday, April 12, 2010

SUMANDAK TERAKHIR






Assalamualaikum wbt..
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini aku akan post gambar-gambar outing Perempuan Melayu Terakhir @ Sumandak Terakhir. Outing kali ni memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Kena fikir pasal wadrobe, aksesori orang dulu-dulu ( nyiru) dan banyak lagi. susah nak dapat wadrobe dan aksesori yang betul-betul kena dengan tema. Bagi aku apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan sebarang kekurangan sikit-sikit tu perkara biasalah. sebabnya aku bukan shoot untuk cover magazine @ tugasan yang berbayar. bagi aku yang penting peserta outing dapat belajar tentang komposisi, angle dan teknik pencahayaan. Sebenarnya outing kali ini adalah lanjutan pembelajaran dari kursus off - flash dari saudara Saluddin Ismail. Aku cuba untuk hidupkan group photographer di Keningau dan seterusnya dapat mengenali antara satu sama lain. barulah meriah sikit. Untuk pengetahuan pembaca blog Gomogi Photography, aku pilih tema ini sebab antaranya :

1. Untuk hidupkan kembali elemen zaman dulu-dulu
2. untuk ketengahkan elemen kain batik yang begitu menarik
3. Menyuburkan tradisi berpakaian dulu-dulu yang memang cantik dan ayu
4. Bagi kesedaran sikit pada generasi baru yang sebenarnya pakaian baju kurung dan sarung kain batik dapat menyerlahkan lagi keayuan seseorang pemakai.

Seramai 4 orang photographer yang hadir pada sesi outing dan yang lain ada komitmen lain selain guru sidang petang kena mengajar masa tu. takpelah yang penting shooting berjalan dengan lancar. Pemilihan lokasi shooting cukup simple dan kalau dilihat dengan mata kasar memang tidak cantik . tepi kubur lagi tu.. tapi itulah kepentingan kreativiti seseorang photographer untuk jadikan sesuatu tempat yang tidak cantik di mata kasar manusia kepada hasil gambar yang luar biasa. Oklah terima kasih kepada semua photogapher yang terlibat dalam outing kali ini. Enjoy... SALAM.

Photographer : Mazlan, Ambrose, Raini dan Atielin
Talents : Liselle, Cynthia, dona dan Atika
Wadrobe : mazlan, Atielin dan Talent
Location : Tepi kubur Bingkor
Editing : Mazlan
Crews : Barry, Josue, Sanggaria, Enddra & Calsend

Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp : 013-9813107 / 013-8813107
Mini Gallery : no. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, Keningau Sabah

Leia Mais…

Sunday, April 11, 2010

MENUJU KE JALAN ALLAH


Assalamualaikum W.B.T. Konsep yang aku ingin ketengahkan dalam shooting kali ini ialah konsep Ketuhanan. Kenapa perlu konsep yang sedemikian sedangkan banyak lagi yang boleh diketengahkan. Kenapa tidak shoot model-model yang seksi yang boleh menaikkan rating blog dan komen yang berjela-jela panjangnya. Gitulah soalan yang sering bermain di benak kebanyakan photographer. Bila nak buat sesi outing semestinya ada model yang seksi, ghairah dan macam-macam lagi yang kadang kala merimaskan aku. Cuma aku berfikiran untuk belajar tentang basic photography dan teknik pencahayaan. Titik perubahan dalam hidup perlu ada... yaaa. banyak benda yang perlu aku buat pembaharuan dalam berkarya. Aku perlu banyak ketengahkan fotografi yang bukan sekadar untuk tatapan mata dan keuntungan semata-mata tetapi lebih dari itu. Aku perlu fikirkan apa akibat dan musabab yang berlaku apabila aku upload sesuatu gambar . Sekarang niat aku satu sahaja supaya orang yang melihat gambar aku mendapat manfaat di dunia dan di akhirat. Bukan aku terlalu ekstreme dengan konsep ketuhanan dan mendabik dada mengatakan tidak buat perkara yang lain. Aku takut nanti memakan diri, cuma keinginan dan keazaman perlu ada dalam diri seseorang manusia. Aku cuba mengetengahkan konsep potrait yang lebih sopan, ada unsur ketimuran dan tidak terlalu seksi pada pandangan mata aku. biarlah orang nak mengatakan Gomogi Photography kolot, tidak ikut peredaran zaman dan lain-lain. Yang penting aku lebih tenang dan bebas dalam berkarya mengikut kehendak sendiri. oklah.. tunggu konsep Perempuan Melayu Terakhir @ dalam bahasa tempatan Sumandak Terakhir.. SALAM

Mazlan
Founder Gomogi Photography
Website : www.gomogiwedding.blogspot.com
email : mazlan76@gmail.com
hp: 013-9813107 / 013-8813107
YM : gomogi02
Facebook : Mohd Mazlan
Mini Gallery : No. 126, Lorong 2E, Taman Jutaya 2, 89007 Keningau Sabah

Leia Mais…

Saturday, April 3, 2010

PRE WEDDING AMIRAH & ALIFF| MESILAU, KUNDASANG, SABAH




Assalamualaikum. wbt
Kali ini aku entry Pre Wedding Amirah & Aliff di Mesilau Nature Resort, Kundasang, Sabah. Amirah atau nama panggilan mesra dia LALA memang seorang yang happy go lucky dan semestinya photographer enjoy shoot diorang. Sebenarnya aku bertolak dari Keningau jam 5.00 pagi lagi sebab target nak sampai di Kundasang sebelum jam 7 pagi. Bukan apa aku nak pre visual dulu tempat yang nak shoot dan disamping tu bolehlah snap gambar-gambar sendiri dan crews. Mesilau Nature Resort memang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. huhuuhu memang nyaman kat sana. cuma masa aku pergi tu, kabus meliputi gunung Kinabalu, so view tak berapa cantiklah. Kalau nampak gunung Kinabalu memang cantik bangat. Sementara aku tunggu Lala & Aliff bersiap di Bridal Graziella's. sempatlah aku ronda-ronda di sekitar Mesilau Nature Resort, Golf club dan apa lagi snaplah mana-mana yang cantik. Sesi shooting pakaian pertama di sekitar Mesilau Nature Resort dan selepas tu kami pindah di kawasan golf. Kalau ikut aturan memang tak boleh shoot di kawasan golf, tapi kami main redah je..hehheheheh berani betul. Apa lagi sedang syok-syok shoot, pekerja golf suruh berhenti dan bagi warning jangan pijak rumput.hehehehhe aku faham tu, akulah yang pijak rumput tu sebab baring-baring di padang rumput untuk dapat low angle.heheheh. takpa yang penting gambar dah dapat. Seterusnya kami pindah lagi di kawasan Kiram Village untuk pakaian yang ketiga. Bagi aku kalau nak shoot, hati seorang photographer perlu kena tenang, rilek tak boleh panik, gelabah. Mana mungkin nak gambar yang cantik kalau photographer asyik gelisah,. aku tension sebab bila aku nak shoot saja pak guard datang sound. adusssss. apa daaa.. kalau aku ambil gambar yang cantik dan post di web & Fb dan kalau orang tanya ehhhh mana tempat yang kau shoot ni.. so tengokkkkk dah aku promote tempat dia. so x perlu dia brabis duit nak promote. aku dah jadi duta kecil. oklah nanti aku sambung lagi cerita pasal pasangan Amirah & Aliff ni. SALAM.

Leia Mais…

Thursday, April 1, 2010

OFF CLINIC BY SALUDDIN ISMAIL | KENINGAU | 28 MARCH 2010





Kursus off flash clinic oleh Saudara Saluddin Ismail yang di datangkan khas dari Johor. Seramai 11 orang yang mengikuti kursus anjuran Artcreative Photography dengan kerjasama Gomogi Studio. Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar walaupun sebelum kursus pelbagai masalah yang timbul. namun berkat sokongan rakan-rakan photographer, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya. ada 2 photographer dari Kota Kinabalu iaitu Saudara Fahmi & Mohd Shaaban. Cayalah bro pukul 5 pagi dah bertolak dari KK. Semangat macam ni lah yang aku betul-betul tabik spring. Sebenarnya bukan senang untuk dapatkan sesuatu ilmu. Usaha yang gigih perlu dan semangat yang kental untuk jadikan photographer yang tersohor dan mempunyai identiti tersendiri. Aku sendiri banyak benda baru yang aku belajar dari Bro Din, terutama tentang PR ( Personal Relationship ), Photography Technical, subjek dan pemilihan background. Tak rugi ikut kursus ini dengan harga serendah RM 100. Oklah nanti aku sambung lagi cerita tentang kursus ini. idea x datang.heheheh

Leia Mais…