dah lama x update blog ni.. untuk pengetahuan semua yg melayari blog aku ni... dah dekat 2 minggu aku kena chicken pox . ingatkan skit rupanya punyalah azab dan sengsaranya.semua sakit, apa kerja pun x bleh nak buat. proses editing nak siapkan album client pun terpaksa ditangguhkan kerana kepala aku x dapat pikir lagi idea2 custom ni.. so terbaring laa kerja.. iskiskkk. mungkin ada hikmah sebaliknya insyaAllah. selepas seminggu kena, aku terpaksa juga lawan dgn sakit kepala semata2 nak siapkan album. iyalah x best juga rasanya jika lewat terlalu lama, so dalam sehari siaplah juga 2-3 page. walaupun x banyak tapi sekurang2nya berjalan jugak, takdalah terjem trus. harap semua client aku faham. thanks. Gambar wedding Nuar dan Jye dalam version black & white serta ditambah dgn texture secukup rasa. aku memang seronok nak mengedit ala gambar lama jika ada persembahan silat dari kanak2 cilik. bagi aku cukup cantik dan moment yang menarik. sekarang ni jarang kenduri kahwin yang ada persembahan silat ni. lagi pun susah nak cari kumpulan silat dari kanak2 cilik ni. perlu ada kesungguhan sedikit untuk mengekalkan warisan turun temurun ni.. oklah..enjoyy
Monday, June 29, 2009
Wedding Nuar & Jye ( BW version)
Monday, June 15, 2009
Wedding Hj Sobri & Asmah
Perkahwinan Hj Sobri & Asmah di Ranau pada 13/06/09. kiranya job penutup untuk cuti sekolah sem 1 ni. Sebenarnya Asmah ni adik Roslan ( geng aku di Pusat Kokurikulum Sabah.) Roslan ni buat business videography dan sebenarnya kami saling bagi job jika ada yg nak photo dan video. shoot pasangan ni mmg sempoi dan aku dan team Gomogi mmg happy dengan apa kami dapat.untuk shoot kali ni aku try apply santai action, natural and more candid. mlm sebelum shoot sempatlah buat TT dgn Lyanglahartz dan bincang pasal posing dan aspek teknikal. so aku apply apa yg aku blajar secara x formal. mmg aku puas hati walaupun terpaksa balik jam 12-1 pagi semata2 bincang dalam TT. Sedikit info pasal pasangan ni, Pasangan lelaki Hj Sobri dari Sg Petani Kedah. diorang dah kahwin awal lagi dan majlis ini adalah resepsi di Sabah. mmg simple aku shoot sebab x ada bersanding. so mmg senang kerja aku ditambah dengan environment yg sejuk berlatar belakangkan gunung Kinabalu.. mmg menarik dan segar mata memandang. Untuk pasangan Hj Sobri & Asmah moga bahagia hingga akhir hayat. sabar menunggu album anda. TQ
Friday, June 12, 2009
Journalism Outing in Keningau
12 Jun 2009 plan dgn azmi & lyanglahart buat shoot journalism style di Pasar malam Keningau dan area arked arshard shooping kompleks. aku memang x pernah shoot style journalism terutama di pasar malam Keningau. Tapi sebab ilmu cara nak shoot yg ada penceritaan dan moment yang ada elemen WOW. aku teruja dan x sabar nak test Tokina 11-16 f2.8. semua gambar shoots dgn super wide lens ni. mmg puas hati dan x sabar mau angkat sebijik. mmg beracun si Lyanglahart ni. Org keningau mmg sporting bila bilang mau shoot gambar diaorang. jadi mcm2lah tanya, ni darai reuter ke? Sabah Time dan ada kata dari TV3. x dalah pakcik & makcik,, nak asah mata jelah ni. Lepas outing lepak kat Kfcc. plan sambung sesi kritik shoot yg diambil. tapi x sempat, diorang bincang pasal shoot model esok. aku x bleh ikut coz ada shoot wedding di Ranau. rugiiiii.. satu lagi racun yg si Lyanglahart bawa ni pasal cokin. filter ni mmg menusuk jantung aku. mmg ada yg kata x payah pakai filter, cs3 kan ada. tapi bagi aku guna filter x sama dgn dah diedit di Cs3. jauh beza beb. 3 gambar ni guna cokin dan aku test kat sebelah stesen bas Tongma. oklah layannnn
Tuesday, June 9, 2009
Wedding Melayu Brunei

Sunday, June 7, 2009
WEDDING NUAR & JYE




Thursday, June 4, 2009
Wedding Shelihazman & Josephine



Perkahwinan pasangan Shelihazman & Josephine pada 29-30 hb Mei 2009 di Tamparuli, Sabah. Shelihazman dari Kelantan dan kiranya cinta merentasi Laut China Selatan la ni. (mcm aku gak..heheh). Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada hari selepas solat jumaat. aku balik sekolah trus berdezut ke Tamparuli. sampai agak lewat tapi sempatlah shoot mana2 yang penting. sesat jugaklah nak cari rumah pengantin. mujurlah jumpa jugak cari. Sebelah malam selepas solat Maghrib acara akad nikah di Masjid Tuaran. nak dijadikan cerita punyalah teruk jem di Highway Tuaran ( semua org nak balik kg masa cuti Keaamatan). Bayangkanlah dari KK ke Tuaran patutnyer dalam 30 minit, tapi ni mau dkt 1 jam. punyalah gelebah puyoh. (puyoh pun x gelebah mcm ni.). aku rasa klu bleh berjalan kaki, laju lagi. Apa2 pun sempat shoot moment akad Nikah dan sempat lagi buat strobist kat masjid. Aku puas hati gambar yang di shoot. Josephine ni jenis cool dan very sporting org nyer. senang kerja dengan pasangan ni. Tq so much hire us. Pada Shelihazman & Josephine selamat pengantin baru dan sabar menunggu album anda.