Saturday, October 31, 2009

JOHNNIE & SALVIANAH





Pre wedding pasangan Johnnie & Salvianah pada 31/10/2009. Sepatutnya sesi outdoor dibuat pada sebelah pagi tetapi memandangkan hujan lebat di Keningau terpaksalah segala perancangan diubah semula. Pagi aku buat sesi indoor di Studio Maybridal dan sebelah petang buat outdoor di library Keningau. Kenapa Library?.heheheh sebab hujan lebat, x dapat nak shoot di kawasan terbuka, kesian pengantin dan kesian camera & lens.hehehe. penting tu jaga gear dulu. Walaupun hujan lebat, sesi outdoor berjalan dengan lancar dan untuk wardrobe dusun, kami berpindah lokasi ke tebasan padi. itu adalah permintaan pasangan ini yang nak elemen macam tu. Bagi aku yang penting diorang puas hati kerana gambar ini akan menjadi kenangan seumur hidup mereka.

Info :
Photographer : Mazlan
Wardrobe : Maybridal
make up : Tinie
Lighting : Gomogi Studio
Editing : Mazlan

Leia Mais…

KEVIN & NINI ( Outdoor )




Sesi outdoor bagi pasangan Kevin & Nini berjalan dengan lancar. mujurlah tidak hujan kerana sekarang ini musim hujan di Keningau. Sesi outdoor kali ini penuh dengan gelak ketawa kerana diorang ni memang jenis happy go lucky. ketawa saja. hilang skit stress photographer. Shoot diorang ni pun senang kerja, ditambah lagi dengan bantuan juru mekap tersohor Tinie dari Maybridal. Oklah aku harap harapan dan impian diorang akan tercapai. sabar tunggu album anda. TQ.

Leia Mais…

Friday, October 30, 2009

KEVIN & NINI


Pagi 31/10/2009 aku bangun awal skit, lepas sembahyang subuh terus mengadap imac untuk cari bahan bagi shooting di ACD Quarry hari ini. Mengantuk memang lah mengantuk tapi aku kena juga prepare pose dan angle mana yang aku nak. baru kerja akan jadi senang dan berjalan lancar. yang penting aku tidak buang masa di lokasi. Untuk shoot pasangan Kevin & Nini ini aku cuba guna teknik 'chroma key' dengan menggunakan 'green screen'. alaaaa yang biasa orang buat untuk shoot CGI tu. Senang kerja aku guna teknik ni, takda lagi berjam2 mengadap imac aku ni sampai berpinar butir mata ni. legaaaaaa. selesai masalah aku. Sesi outdoor dilakukan di kawasan yang sama pernah aku buat, di SULAP Tuarid Taud. Memang best shoot pasangan ini, happy go lucky. senyum memanjang, hilanglah skit penat photographer yang dok usung camera & lens yang berat2. Oklah, mau prepare shoot lepas ni. enjoice!!!

Leia Mais…

Wednesday, October 21, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM ( ZAKARIA & RENNY)



Sampel layout kristal album bagi pasangan Zakaria & Renny. Cabaran yang merumitkan adalah apabila proses editing gambar studio. Bayangkanlah untuk satu keping gambar memakan masa lebih kurang 40 minit untuk touch up dan memasukkan elemen textures . itu satu gambar, kalau berpuluh gambar kena editing, perghhh... sebab itulah sekarang ni balik sekolah sahaja tepat jam 2.30 ptg aku mesti berada di depan imac, edit....edit...edit.. sampai maghrib, malam lepas isyak sambung lagi sampailah mata dah tak larat nak bukak. Yang penting aku dapat siapkan album semua client2 aku mengikut jadual ditetapkan. semoga clients aku bersabar dan paham. maklumlah kerja seorang, kalau dah maju barulah upah seorang khas untuk editing. AMIN. Walaupun aku terpaksa duduk depan imac berjam2, tidak sikitpun aku rasa bosan. seriusly. Tulah penangan kalu dah minat photography tahap Gaban. oklah kepada Zakaria & Renny album anda dalam proses printing. TQ

Leia Mais…

Thursday, October 15, 2009

LAYOUT CRYSTAL CUSTOM ALBUM



Lega rasanya dapat siapkan album kristal perkahwinan kakak ipar aku mengikut jadual yang aku sendiri tetapkan. memang berbaloi aku berjam2 duduk di depan imac semata2 nak hasilkan yang terbaik. Lepas ni aku mau upload untuk tujuan printing pulak. banyak kerja sebenarnya yang kena buat sebelum client dapat album yang menjadi kenangan seumur hidup. Selain dari editing, upload, aku juga kena design cover DVD yang termasuk dalam pakej GOMOGI Photography dengan menggunakan Adobe CS3. Memang kalau nak jimatkan masa aku boleh guna perisian label yang banyak dijual di pasaran. tapi jiwa aku nak juga design yang lain dari yang lain mengikut kreativiti sendiri. Dalam kata lain aku bebas berkarya... cewahhh. Setiap client GOMOGI aku design layout album kristal berbeza2. Ramai yang cakap buang masa ko saja. Bagus ko guna saja template yang sama, jimat masa. tapi jiwa aku kata TIDAK dan proses editing ni perlu ada feeling yang hanya aku sendiri yang tahu. Aku puas hati hasil editing yang berbeza- beza. Semoga client aku suka. TQ

Leia Mais…

Monday, October 12, 2009

WEDDING SHARYWANI & AZAMAIN ( PART 2 )





Lama dah rasanya aku x update blog aku ni. sekarang agak sibuk sikit untuk siapkan album2 custom ni. rumit jugak prosesnya bukan sekadar shoot sahaja tapi kena buat post processing lagi , pilih gambar, edit dan buat layout. so banyak masa aku sekarang mengadap komputer. Berpinar butir mata, heheh. Masa aku shoot sesi posing di dalam bilik bagi pasangan Sharywani & Azamain ni, tiba2 blackout.. adus tension banyak lagi pose yang belum buat. dahlah deco dalam bilik menarik dengan warna yang terang. rugi kalu tak shoot banyak. mujurlah aku x panik dengan situasi macamtu dan aku cuba teknik low key. guna spot metering, baca meter di kawasan cerah dan aku lock exposure dan..... shoot.. perghh selamat dan dapat juga hasilkan gambar yang menarik pada pandangan aku. tulah kadang-kadang kita merancang nak shoot angle macam tu macam ni, tapi berlaku musibah lain.. so moralnya kita kena ada plan A, B dan C. Persiapan jika berlaku apa-apa yang kita tidak jangka. oklah chow dulu mau pi semayang...

Leia Mais…

Sunday, October 4, 2009

PRE- WEDDING WENCES & BELL, KENINGAU






hari Sabtu Auntie Mary call aku suruh shoot pre wedding pasangan Wences & Bell untuk sesi outdoor dan indoor. Seperti biasa kelengkapan shooting memang sentiasa stanby dengan bateri full charge, light stand. perghh... macam nak pergi berperang. Shooting outdoor ini aku turun dengan Azmi di ACD Quarry di Jalan Tenom. Keningau. mula shoot dari jam 10.30 am hingga 2.00 pm. Penat jangan cakaplah, terbaring di atas rumput, batu, naik atas meja semua aku buat semata-mata nak dapatkan angle yang menarik. Memang penat.. maklumlah stamina kurang. lepas ini terpaksalah aku aktifkan diri balik main futsal. hehhehe. sesi outdoor ini May Bridal sediakan 3 jenis pakaian ala2 inggeris yang memang menarik. sesapa yang nak gambarnya cantik dengan pakaian yang menarik bolehlah booking di May Bridal Keningau. Promote tu.. Untuk sesi indoor hanya azmi sorang yang shoot sebab aku terpaksa pergi ke KK kerana ada rumah terbuka Abg Ipar aku di Putatan. Untuk pasangan Wences & Bell semoga hasrat dan impian anda akan termetri kelak. Sabar menunggu album anda

Leia Mais…

Thursday, October 1, 2009

PRE WEDDING ZAKARIA & RENNY


Jam 3.30 petang auntie Mary call aku ada shoot untuk pasangan dari Nabawan. aku cakap kat dia tidak dapat shoot dengan tergesa-gesa macam ni. nak kena prepare bateri, study skit pasal komposisi dll. Auntie call lagi aku, dia cakap x boleh batal sebab esok Zakaria kena balik Sarawak, kerja askar. Adus.. so aku capai beg 5 kg tu, kelengkapan lighting, reflector dll dan terus ke May Bridal untuk bincang dengan Tinie dan anak Auntie Mary. So petang tu sempat jugaklah shoot outdoor tapi aku tak puas hati sebab dah senja sangat. natural light dah tak ada langsung. Ubah plan shoot indoor pulak di studio Mary Bridal. Shoot dari jam 7.30 pm hingga 9.00 pm. perghhh penat gila.. tapi yang penting aku puas hati apa yang aku dapat. untuk sesi outdoor aku buat di kawasan sawah padi Kg Tuarid Taud. aku lepas geram apa yang aku tak dapat shoot semasa outdoor Kakak Masna tempoh hari. Untuk shoot kali ni aku guna 3 set lighting dengan umbrella. shooting bermula jam 4.00 pm hingga 6.20pm. memang puast hati wlaupun kena tunggu pasangan bertukar 3 jenis pakaian iaitu pakaian Dusun, Murut dan English. Banyak posing yang aku rancang dapat aku buat dan extra ialah masa aku shooting tengah sunset. memang berbaloi penantian aku.

Photographer : Mazlan
Lighting : Si Sang & Kachun
Make up : Tine ( MAY BRIDAL )
Pakaian : MAY BRIDAL ( 019-5305494 )
Pasangan : Zakaria & Renny
Editing : Mazlan

Leia Mais…

WEDDING KAMSIN & MASNA | KG BAYANGAN, KENINGAU








Perkahwinan Masna & Kamsin di Kg Bayangan, Keningau Sabah. Akulah antara orang paling sibuk untuk perkahwinan ni. mana tidak sibuk, akulah tukang angkat kerusi meja, tukang ambil gambar, tukang lapah lembu, tukang angkat air, tukang angkat nasi.. perghhhh.. mau pengsan wooo. mujurlah ada core energy.hehe. isksks apa kaitan aku dengan semua ni.. suspen saja. sebenarnya Masna ni ialah kakak ipar aku. ini perkahwinan kedua dia. so maknanya anaknya Anun, Awang dan Ecah dapat Bapak baru. aku tengok diorang punyalah seronok dapat bapak baru ni. Ecah tu senyum memanjang, tidak hairan aku dia punyalah semangat berkaorake masa kenduri hari tu. tak nampak tanda-tanda mau berhenti menyanyi. Cerita mengenai Abang Kamsin ni, dia orang Kg Baginda, Keningau dan seorang yang agak pendiam. kena banyak berboraklah namun lepas tu memang peramah. Kenduri berjalan dengan lancar cuma ada sedikit accident anak di Nuar kena gigit beruk belaan Restoran Puncak Damai. Kesian budak tu, nampak tulang tangan dia kena gigit. mujurlah tidak serius sangat. untuk sesi outdoor , aku buat di kawasan sawah padi Kg Tuarid Taud. kebetulan padi tengah mengguning, memang menjadi idaman aku. cuma yang frust sikit tidak banyak shoot yang dapat buat. masa suntuk sangat, mula jam 5.15 petang. lain kali aku pergi shoot lagi tempat ni. biar puas hati aku. lepas geram. Oklah kepada Kakak Masna & Abg Kamsin " SELAMAT PENGANTIN BARU" DAN SELAMAT DAPAT BAPAK BARU KEPADA ANUN, AWANG DAN ECAH.

Leia Mais…